Aug 9, 2010

Layang-Layang Terbang Tinggi

~Terbang tinggi dalam redha-Nya~


Layang-layang terbang tinggi
dalam hembusan angin sejuk dan panas
ia terus hidup di angkasa
pada tali Allah ia utuh
tiada jatuh

Layang-layang akan terus terbang tinggi
ke kaki langit menari ria
biarpun kencang angin dan terik mentari
ia terus menari
mewarnai langit biru
dengan penuh suka
kerana tali Allah kukuh padanya.

~cerita si layang-layang yang hidup~

No comments:

Post a Comment