::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Jan 31, 2010

Berteduh di Payung Redha


~Ya muqollibal qulub, tsabbits qalbi ala dinika...~Alhamdulillah, malam tadi 15 Safar 1432 H.Bulan purnama yang memancar menerangi alam sangat indah, Subhanallah.Lihat dengan mata kepala, kita hanya nampak bulan yang terang menyuluh jalan.Tapi lihat dengan mata hati, sungguh, ciptaan Dialah Yang Maha Sempurna. Tanda Kekuasaan dan KebesaranNya.Manusia...

Jan 28, 2010

Tabib Hati


~Sesungguhnya Allah rindu pada hamba-hamba yang merintih padaNya.~"Ada dua mata yang tidak akan disentuh api neraka, yaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang semalaman berjaga di jalan Allah."(Riwayat Tirmidzi)Ingin berkongsi dua cerita yang saya baca dari buku Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni : Hidupkan Hatimu. Dipinjam...

Jan 26, 2010

Entri 'Dalam Perigi'


Suara sudah beransur sengau bunyinya. Kepala juga sedikit berat. Hidung juga tidak lancar menghidu nafas. Harapnya ia masih bukan penghalang untuk menaip entri ke sini.Blog ini semakin sepi. Adakah lantaran kesibukan kempen pilihanraya kampus sepanjang minggu lalu? Atau kerana sedang menghadapi peperiksaan pertengahan semester yang hanya...

Jan 24, 2010

Al-Quran Penawar Hati


~Membacanya, ia akan mengingatkan. Membacanya, ia menyentuh hati untuk menangisi diri kita, si peminjam hati~Kadang-kadang adakalanya hati kita merasa sempit. Rasa susah untuk lapang. Bila solat juga, rasa bagai ada tembok yang memisahkan kita berbicara dengan Tuhan.Carilah penawar. Mungkin hati sedang sakit. Mungkin hati sedang gering. Sebelum...

Jan 20, 2010

Sebuah Pesanan Cinta


Wahai saudaraku,Renungilah kata-kata As Syahid Hassan Al Banna:"Betapa inginnya kami agar umat ini mengetahui bahawa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri. Kami berbangga jiwa-jiwa kami gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan, kemuliaan dan terwujudnya cita-cita mereka, jika memang itu harga yang harus dibayar. Tiada sesuatu yang...

Jan 19, 2010

Tasik Hati


~Fitrah hati itu umpama tasik indah yang terbentang luas...~Pesanan itu saya simpan dalam-dalam untuk selalu diingatkan pada diri:Wahai hati,Hati itu umpama tasik.Setiap deria kita umpama mata air yang mengalir ke dalam tasik.Iman dan taqwa menjadi penapis setiap deria, memproses setiap inputnya.Pepatah selalu berkata: "Dari mata turun ke...

Jan 17, 2010

Kerana Kita Sama-Sama Muslim


~Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu berhimpun dalam naungan cintaMu, bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan...~Sahabat,Kerana kita sama-sama Muslim,Hati ini bersedih untukmu,Alir air mataku,Sayang padamu,Nasihatimu.Sahabat,Kerana kita sama-sama Muslim,Aku pedulimu,Aku teguri...

Jan 15, 2010

Saya Tak Suka Orang Bertudung Labuh?


~Islam itu indah. Bersegeralah mencarinya biarpun pelbagai rintangan melanda.~"Tak naklah pakai tudung. Orang pakai tudung pun banyak buat maksiat."Terkedu saya mendengar kata-kata itu. Itu hanya seorang, bahkan mungkin ramai lagi yang beranggapan begitu.Sewaktu kecil dahulu, saya juga pernah tanamkan dalam diri; 'Saya tak suka orang tudung...

Jan 13, 2010

Ubat Penenang Hati


"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram."(Ar-Ra'd: 28)Gembirakah rasanya apabila apabila kita sebagai pekerja menjadi perhatian pada Bos paling tinggi pangkatnya di tempat kerja? Bahagiakah rasanya apabila menjadi...

Jan 12, 2010

Bila Hati Dilambung Badai


~Wahai Tuhan, janganlah Kau biarkan diri ini menentukan takdir untuk diriku sendiri walau sekedip mata pun.~Wahai diri,jangan mudah berasa lemah.Wahai hati,jangan mudah merasa rapuh.Carilah bekal terbaik,Mendekatkan diri kepada Ilah yang Satu.Wahai hati,andai sesekali dilambung badai,berpeganglah pada tali Allah,andai hati bernanar,rawatlah...

Jan 11, 2010

Melangkah Ke Luar Kotak


Dan Allah jadikan tempat bernaung bagimu dari apa yang telah Dia ciptakan, Dia menjadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia menjadikan pakaian bagimu yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikian Allah menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu agar kamu berserah diri (kepada-Nya).(An-Nahl;...

Jan 8, 2010

Pengurusan Cinta


~Hanya pada Dia, kita kembalikan segalanya...~Saya tidak tahu nak mulakan entri ini dari mana sebenarnya. Namun, jelas saya juga ingin sampaikan apa yang sudah lama tersimpan di lubuk hati saya.Manusia selalu bertanya pada diri, "Am I in the right path?" atau "Apakah sebenarnya saya ini di jalan yang lurus?"Soalan itu juga pernah saya tanyakan...

Jan 7, 2010

Ukhuwwah Itu Kekuatan


~Ukhuwwah itu kekuatan...~Rasa sangat bertuah sebenarnya apabila saya masuk ke kulliyyah of nursing ini. Kalau dahulu di Tahun 1 dan Tahun 2 di sini, saya pernah melahirkan hasrat untuk keluar saja dari UIAM dan ambil jurusan lain. Walhal, setelah beberapa lama, saya sedar bahawa jawapan yang saya dapat dalam istikharah saya ini dulu, iaitu...

Jan 5, 2010

Kerana Dirimu Begitu Istimewa


~Duhai wanita, jadilah kuntuman bunga yang sentiasa mekar dan segar mewangi lagi mewangikan...~"Wanita, engkau bulan, engkau juga suria..."Pernah satu ketika sewaktu kecil dulu lagu tentang wanita itu sering berkumandang di televisyen TV1 dan TV2. Biarpun masih bersekolah rendah di kala itu, saya seakan masih ingat lagi bait-bait inspirasi...

Jan 4, 2010

Pelangi Selepas Hujan


~Esok akan merekah bunga yang harum, baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati... -Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni~Entah mengapa akhir-akhir ini saya seperti rasa kehilangan diri seketika. Seolah-olah ada langit mendung di atas kepala.Seperti juga cuaca di sini ketika ini. Hujan, kadang-kadang- lebat dan renyai teduh sebentar....
 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino