::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Feb 28, 2010

Belajar Berkata Cinta


~Teman-teman akhirat diikat hati-hati dengan iman dan cinta kepada-Nya~"Apabila salah seorang di antara kamu mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahukannya."(HR Abu Daud dan Tarmidzi).Cerita 1Malam sudah larut. Diri sudah lena.Kedengaran lantunan bunyi mesej masuk menggegarkan gegendang telinga.Mata yang separuh terbuka mencari...

Feb 26, 2010

Rasulullah, Dirimu Begitu Istimewa


~Malu rasanya mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah, kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa~Selawat dan salam atas Nabi junjungan, Muhammad s.a.w, ahli keluarganya serta para sahabat baginda.Pagi 12 Rabiulawal Tahun Gajah, hening subuh bercahaya menerangi seluruh alam. Kelahiran seorang bayi yang dinanti-nanti. Ribuan tahun...

Feb 24, 2010

Jalan Hidup Penuh Hikmah


~Dia Maha Tahu. Serahkan hatimu pada-Nya. Yakinlah!~22. Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa diri kamu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.23. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu...

Feb 21, 2010

Nota Buat Saudaraku


~Sebaik-baik Muslim itu adalah yang sentiasa memperbaiki dirinya~Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Allah yang mengurniakan hidayah dan Allah beri petunjuk pada manusia. Allah juga yang memilih siapa di antara kita yang diberikan nikmat Iman dan Islam.Kata-kata Dr. Azizan masih saya ingati:"Orang yang ikhlas akan istiqamah. Tetapi orang...

Feb 19, 2010

Tetap Pendirian


~Indah hidup bila matlamat hidup juga jelas; Mardhatillah~Kepala saya pening bila berhadapan dengan manusia-manusia yang tidak tetap pendirian. Manusia yang dianggap it's complicated ni memang wujud sebenarnya.Apabila matlamat tidak jelas, jalan arah tujunya pun tidak jelas.Cerita 1"Macammana ya kita nak buat keputusan ni?"tanya seorang rakan...

Feb 18, 2010

Al-Quran Bujukan Hamba


~Bacalah Al-Quran, nescaya jelas bicara-Nya pada kita.~"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam syurga-Ku." (Al-Fajr; 89 : 29-30)Pernah merasai hati yang sakit dan jiwa yang terhimpit?Tiada ubat 'anti-depressant' atau ubat penenang...

Feb 17, 2010

Redha Allah dan Redha Ibu Bapa


~Untuk menggapai redha Allah, usah dibelakangi ibu dan ayah.~ Daripada Abdullah Amru, Rasulullah s.a.w bersabda: Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa. (Hadith Riwayat Tarmizi) Alangkah terpuji kisah Uwais Al-Qarni yang amat berhajat menemui Rasulullah kerana cintanya pada baginda. Beliau...

Antara X dan Y


~Maka beruntunglah lelaki-lelaki yang soleh dan beriman, serta perempuan-perempuan yang solehah dan beriman.~"Kak Long, kenapa lelaki dengan perempuan tak sama?""Kenapa Allah ciptakan perempuan macam tu?"Masih teringat lagi antara soalan bertubi-tubi daripada adik sepupu saya yang baru berusia 14 tahun. Soalan yang memerlukan jawapan yang...

Feb 15, 2010

Cuti-cuti Pertengahan Semester


~Detik masa yang berlalu tidak akan kembali.~Hari ini sudah hari ketiga kami pelajar-pelajar kulliyyah kejururawatan bercuti pertengahan semester sementara pelajar-pelajar kulliyyah lain sudah kembali dari musim percutian. Bermakna hari ini sudah hari ketiga saya menjadi suri rumah sepenuh masa. Cuti seminggu yang sebentar ini harus dimanfaatkan...

Feb 14, 2010

Kerana Dia Menyayangimu


~Dia sentiasa bersamamu kerana Dia menyayangimu...~Selagi kita masih bernyawa dan diberi nafas oleh Allah di atas muka bumi ini, selagi itulah Allah akan menguji hamba-hambaNya. Ia boleh berupa ujian-ujian kecil mahupun besar.Ujian-ujian yang Allah beri adalah sesuai dengan kemampuan setiap hamba."Allah tidaklah membebani seorang hamba itu...

Feb 11, 2010

Dunia Ini Bukan Untukku


~Tiada kekuatan melainkan kekuatan yang diberikan-Nya...~Terima kasih buat sahabatku sayang, Asma' Ahmad Bahari yang berkongsi statusnya di Facebook yang turut sama menyedarkan saya dari lamunan.Saya rasa diri ini masih banyak lagi yang perlu saya baiki. Banyak lagi lompang-lompang dalam diri ini yang perlu saya tutupi.Perjalanan ini bukan...

Feb 10, 2010

Teman Sejati


~Moga keterikatan hati-hati dengan iman ini sentiasa dalam redhaNya...~Rasulullah s.a.w bersabda:"Seseorang itu mengikuti (tabiat) siapa yang dicintainya." (H.R Bukhari & Muslim).Melihatkan pengorbanan sahabat-sahabat Rasulullah yang bersama-sama berjuang dan terkorban di medan jihad menyebabkan hati tersentuh.Tersentuh kerana sahabat-sahabat...

Feb 8, 2010

Baktisiswa Bersama 2010


~Kembara mencari redhaNya...~Saya baru saja kembali dari Program Baktisiswa anjuran bersama Kulliyyah Kejururawatan dan Kulliyyah Undang-Undang petang semalam. Buat julung kalinya, ini adalah program baktisiswa yang dianjurkan gabungan dan integrasi antara kulliyyah yang berlainan di dalam UIAM.Jujurnya, pada mulanya ingin saya batalkan saja...

Feb 4, 2010

Muhasabah Cintaku


Maaf, andai blog ini menyepi, seperti kejap ada dan tiada. Mungkin hingga beberapa hari juga blog akan menyepi kembali kerana ada hal lain yang perlu diuruskan.Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi cerpen buatan sendiri sahaja. Hanya sekadar suka-suka. Maaf, andai ada salah silap tatabahasanya. Moga kita sama-sama mendapat pengajaran.Cerpen:...

Feb 3, 2010

Menggapai Redha-Nya


~Indahnya hidup jika matlamat redha dan cinta Allah itu menjadi perkara yang paling utama....~30. Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah...
 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino