~Aku mahu menjadi seteguh karang di lautan.
Biarpun dilanda tsunami yang besar sekalipun, ia tetap teguh di tempatnya~
~Moga seteguh karang di lautan pegangan ini pada-Nya~ |
Seteguh Karang
Sebegitu juga menjadi seorang manusia di
mana hatinya itu ibarat gelodak buih-buih air mendidih yang turun naik. Imannya
berkurang dan bertambah. Faktor-faktor luaran sentiasa menerjah dalam bentuk ujian
dan dugaan.
Insan, hanyalah hamba yang lemah. Mana
mungkin hati tidak langsung digugat lemah ditimpa mehnah, mana mungkin
kadang-kadang air mata tidak menitis di pipi menghadapi segalanya.
Namun, manusia yang lemah itu nescaya akan
menjadi kuat hatinya seteguh karang di lautan biarpun dilanda tsunami dugaan
yang entah keberapa kali gelombang melanda.
Ia hanya akan kuat dengan
pergantungan yang kejab dan kemas dengan Pencipta-Nya.
Teguh
Hati Dengan-Nya
Mana mungkin ada yang lebih kuat
peliharaannya daripada peliharaan Allah, Tuhan alam semesta.
Makhluk vs Tuhan.
Siapakah yang menciptakan makhluk? Siapakah
yang lebih berkuasa? Mana siapakah yang akan menang dalam pertempuran ini?
Yang manakah akan menang, makhluk tanpa Allah atau makhluk bersama
Allah?
Tiada yang lebih hebat tanpa Allah.
Tiada yang lebih hebat tanpa Allah.
La hawlawala quwwata illa billah.
Tiada daya dan kekuatan (untuk menolak
sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”.
(Hadis Riwayat Tabrani)
Semua
Berlaku Dengan Izin-Nya
Setiap yang berlaku kepada mana-mana
makhluk hatta sekecil zarah sekalipun adalah dengan izin-Nya. Dan sekiranya
kemudharatan diizin oleh-Nya, maka tiada apapun yang dapat menghalangnya. Dan
jika Allah mengkehendaki kebaikan untuk seseorang, maka tiada siapapun yang
mampu menahannya.
Sungguh, bagi orang-orang yang beriman yang
memegang teguh tali-Nya dan keimanan sentiasa bersemayam di hatinya, Allah
tidak akan pernah meninggalkannya.
Firman-Nya:"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu. "(Surah At-Taghabun; 64:11)
Walau
sukar perjalanan ini
Tidak
akan gentar ku menghadapi
Sekiranya
telah tertulis oleh Ilahi Rabbi
Rela ku diuji
Kerana
ku tahu kasih-Nya kepada diri
Tiada
yang mampu menggugat diri
Melainkan
Allah mengizinkan
Tiada
yang mampu menggugat bahagia
Yang
ingin kugapai hingga ke negeri akhirat
Kerana
ku tahu selagi nama-Nya ku dakap erat
Hanya dengan-Nya diriku selamat
Bahagia
diriku tidak akan dapat ditampan
Selagi
dihatiku masih ada Allah yang pertama sebagai Tuhan.
Tidak
akan ada kamu
Yang
mampu merampas bahagiaku
Kerana hanya dengan ketenangan hati
Yang telah dikurnia Ilahi
Mampu beri bahagia hakiki
~Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi. Jalan kebenaran indah terbentang di depan matamu para pejuang. -Saujana-~
0 comments:
Post a Comment