~Tika dua detik pertemuan itu, mungkin roh-roh kita sudah pun tahu ia pernah bertemu~
~Semoga baitul muslim ini menjadi platform meraih cinta Ilahi~ |
Ketika taman ditumbuhi pepohon cinta, sinaran keredhaan-Nya
menjadi prioriti dan limpahan hujan
rahmat-Nya sentiasa dinanti bagi menumbuh suburkan pepohon cinta yang harumnya
menusuk hati menenang jiwa. Moga taman ini menjadi salah satu taman-taman
Syurga.
Saat taaruf sebelum pernikahan, tidak banyak perkara yang mendalam diketahui.
Cukup mengetahui yang penting agar tertarik hati untuk dinikahi.
Alhamdulillah, sudah lebih sepurnama berlayar berdua. Melalui
samudera kehidupan saat masih lagi dalam awal fasa perkenalan.
Senario
1)
“Beli kurma apa?” Sang suami bertanya menerusi panggilan
telefon. Hidup berdua berjauhan hanya berkesampaian rindu melalui panggilan.
“Kurma Mariami.” Jawab isteri. Ringkas.
“Eh, sama."
2)
“Suka simpan barang lama. Sayang nak buang.” Sang isteri bercerita.
“Kenapa?” Suami bertanya.
“Ada sentimental value.”
“Eh, ikut sapa ni?” Tanya suami kehairanan. Sama pula
kegemarannya.
“Taklah, Allah memang takdirkan kita ada persamaan.” Senyum
isteri menampakkan hampir kesemua gigi. “Mungkin
kerana ruh-ruh kita pernah bertemu suatu ketika dulu.” Sambung isteri lagi.
Dua Detik Nazhar
Komentar Salim A. Fillah - bermula dari nazhar iaitu melihat pasangan sebelum pernikahan untuk menguatkan
hati sangat diperlukan. Ketika dua detik pertama ketika nazhar itu, keputusan
dipertimbangkan.
“Dua detik itu sangat menentukan . Mungkin kerana dalam dua detik itulah ruh saling mengenal.”
(Salim A. Fillah, 2012)
“Ruh-ruh itu ibarat perajurit-perajurit yang dibaris-bariskan. Yang saling mengenal antara mereka pasti akan saling melembut dan menyatu. Yang tidak saling mengenal di antara mereka pasti akan saling berbeda dan berpisah.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
~Semoga ruh-ruh yang
bertemu dalam baitul Muslim mahupun medan perjuangan lainnya sentiasa menyatu dalam
berkah-Nya dan redha-Nya~
Rujukan:
Salim A. Fillah, Jalan
Cinta Para Pejuang
0 comments:
Post a Comment