~Apabila tengok posting Khamisah tentang paediatrik, seperti menarik rindu ke sana semula.~Kali pertama dapat tahu kena buat
clinical replacement paediatrik, rata-ratanya semua mengeluh. Sebab jumlah minggu
clinical posting dah lebih dari jumlah maksimum yang dikehendaki Lembaga Jururawat Malaysia.
Tetapi sebenarnya, bila dah duduk dalam wad
paeds, rasa bahagia sangat. Mungkin ini wad yang saya paling suka selama ni.
Mungkin kerana kanak-kanak suci dari dosa, dikelilingi mereka ni rasa bahagia. Walaupun, susah nak buat prosedur dan kena pujuk betul-betul untuk teruskan rawatan. Memang sangat comel.
Posting kali ni, saya dan
group saya bersama Kak Mar, Kak Am, Kak Lin, Syazana dan Hasan, bergabung dengan
group Hidayah, Khamisah, Sakinah, Alia, Jadul, Zeeniroh di HoSHAS.
It just like that you can feel the love environment around you in paediatric ward. Mungkin ada juga yang tak biasa dengan kanak-kanak, tetapi di wad ni lah tempatnya kalau nak biasakan diri. Teringat seorang
houseman yang macam
inferiority complex je bila tengok kita
communicate dengan kanak-kanak. Waktu tu dia pun nampak macam garang. Tetapi, jika kita mahu, kita boleh belajar. Dan hari-hari seterusnya nampak ada kemajuan
houseman tu untuk mesra dengan pesakit kat situ.
It is never too late to learn.Dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan pelbagai manusia dalam kehidupan. Dan paling membahagiakan adalah kita dapat meninggalkan sesuatu dalam kehidupan insan lain atau dalam kehidupan kita sendiri sebagai pengajaran dan bekalan.
~Masih belum terlambat untuk belajar tentang kebaikan dan mengamalkannya dalam kehidupan.~