::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

May 23, 2023

Ibrah: Berkaki Ayam Di Bawah Terik Mentari


 ~Ibrah akan menjadi ibrah apabila kita lihat dengan mata dan mata hati, fikir dan berdamai atas segala yang terjadi~

Suhu hari ini di Mersing, Johor sekitar 33-34 darjah Celcius. Seminggu sebelum ini memang lama tak hujan. Hinggakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kebenaran murid sekolah dan staf sekolah boleh memaki t-shirt rasmi di sekolah. 

Awal tahun ini Malaysia dilanda fenomena La Nina, adakah bulan Jun yang dijangka akan dilanda El Nino benar-benar akan menjadi nyata?

Doakan kajian penyelidikan saya berkaitan fenomena alam ini dan sains kesihatan. Masih dalam di Semester 2, semoga semuanya berjalan lancar Insya Allah. 

~Kisah budak berkaki ayam yang menjentik hati ini~

Kajian Penyelidikan Menjentik Minda

Dalam kajian-kajian penyelidikan yang lepas, saya tertarik dengan suatu kajian daripada negara China yang dijalankan kajian berkaitan adaptasi masyarakat luar bandar mereka terhadap suhu persekitaran yang panas.

Disebabkan keterbatasan mereka dalam menggunakan air-cond sebagai salah satu cara atau sumber untuk sejukkan badan, (yalah kebanyakannya kurang mampu dari segi kewangan), jadi, mereka menggunakan pelbagai lagi keadah adaptasi yang lain. Tertariknya saya apabila pengkaji menyimpulkan bahawa masyarakat luar bandar bukan sahaja beradaptasi tetapi mula membina resilience atau ketahanan terhadap perubahan iklim yang semakin panas.  

Sebenarnya hari ini saya tergerak nak menulis bukan sebab kajian yang saya jumpai tu (dah berminggu-minggu dah jumpa). 

Cuma, saya tertarik nak berkongsi apabila tadi lebih kurang jam 12:30 tengah hari jemput anak-anak balik sekolah (sambil menunggu dalam kereta yang berhawa dingin dan jammed nak masuk kawasan menunggu), saya lihat seorang murid lelaki berlari-lari anak berkaki ayam melintas jalan (bertar!) dari kawasan menunggu menuju ke kedai runcit berhadapan. 

Satu perkataan yang terpacul dalam minda saya "Resilience!" 

Subhanallah, mungkin ini salah satu sebab saya suka duduk di kampung dan besarkan anak-anak di luar bandar.

............

'Tahan betul panas kaki budak ni.' getus hati saya. 

Senario tadi saya percaya sangat 'rare' berlaku di bandar-bandar. 

Berpanas di bawah terik matahari yang sedang meninggi pun saya dah rasa perit, apatah lagi saunakan kaki di atas jalan bertar. 

Budak lelaki tersebut memberi kan saya suatu pengajaran. 

Ya, berbanding bergantung dengan satu sumber dalam kehidupan, kita perlu belajar menjadi resilience apabila berhadapan dengan cabaran. Gunakan kekreatifan yang ada untuk terus survival dan jangan mudah mengalah. 

Alhamdulillah, syukur Allah beri hikmah hari ini untuk saya pelajari. 

Topik perbincangan tentang samada nak beli penghawa dingin pernah juga saya keutarakan pada suami beberapa minggu lalu, dan saya kongsi dengan suami dapatan penyelidik daripada negara China di atas. 

Dan saya katakan, 'takpalah, daripada kita bergantung kepada air-cond (teknologi), kita belajarlah bina ketahanan badan (reseliency) kita sendiri. 

~Setiap yang berlaku pasti ada hikmah untuk kita pelajari~


Mar 14, 2023

The Power of Rejection


~Menangani rejection dengan baik, percayalah kita sedang mendaki tangga kejayaan. 

Lagi tinggi kita mendaki puncak yang indah, lagi tinggi tekanan udara. Itu fitrah.~


Subhanallah, Alhamdullillah.

Tiada daya upaya kita melainkan kekuatan yang diberikan oleh Allah.

Allah izin saya ke seminar Dr Roket Program Postgraduate Transformation Program pada 3 hingga 6 Mac lepas.

Ia membuka suatu insight yang sangat bermakna sebenarnya untuk saya iaitu "the power of rejection." 


Kisah Sepanjang Zaman 

Dan kisah "the power of rejection" ini sebenarnya sangat banyak Allah nukilkan dalam Al-Quran, dan dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w yang sepatutnya menjadi ikutan kita. 

Nak buat baik, nak tegakkan kebenaran dalam perjuangan hidup bukan jalannya macam lebuhraya yang lurus je gitu. Ia jalan yang penuh berliku, penuh cabaran dan penolakan. 

Dakwah Nabi di'reject' dengan bermacam cara. Tapi adakah baginda mengalah?

Tidak, sebab Allah bersama baginda. 

Semakin dakwah Nabi nak disebarkan, semakin kuat tentangan dan rejection, tetapi rejection ini terus menguatkan Nabi dan para sahabat dengan bimbingan daripada Allah s.w.t. 


~Melihat rejection sebagai positive reinforcement untuk berjaya~

Ibrah

Jadi, dalam hidup ini, kita akan banyak menerima penolakan. Tetapi itu semua adalah hanya sebahagian daripada bab-bab kejayaan dalam kehidupan kita. 

Insya Allah, lebih banyak rejection, lebih bertahan kita dan terus mara untuk berjaya. Rasulullah s.a.w sangat tenang apabila berhadapan rejection. 

Semoga kita pun begitu juga. 

Selawat dan salam atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w. 


~Menghayati, mengangumi dan menuntuni sebahagian kisah dan perwatakan baginda Rasulullah s.a.w. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad~

Jan 29, 2023

Nak Kurus Atau Nak Sihat


~ Nak kurus atau nak sihat?~ 

Rasa dah sebulan suami minta surveykan grup untuk sihat dan kurus untuk dia. Mula-mula ingat, tapi selepas tu sibuk dengan urusan sendiri dan rumahtangga, terus lupa. Tambahan lagi, memang tak tahu sangat tentang grup-grup berkaitan ni. Jadi, kurang motivasi untuk search. Jadi, suami pun teruskan lah dengan aktiviti jogging dia hujung minggu. 

Namun, katanya, macam tak keluar peluh. Dan saya pun speechless. Hanya bagi motivasi sajalah untuk terus konsisten jogging. 

Ha, yang bagi motivasi ni macam mana pula? 

Biasalah, alasan kan. Kena tunggu anak-anak termasuk si kecil ni kat rumah lah. Kena tunggu Ali yang paling kecil ni besar sikit lah. Lepas tu, bagi alasan Ummi ni dah halus dah pun. Nak masuk geng underweight dah. Huhu. Bila jumpa orang kata dah kurus, lagi kurang semangat nak bersenam tu. Haish, tebal betul alasan tu. 

Baru-Baru Ini

Seminggu ni, hujan aje. Jadi, encik suami pun tak dapat keluar jogging. Tak nampak pula raut sedih atau kesal dia tu sebab tak dapat jogging. 

Suatu hari, nampak dia bersenam sambil tengok handphone. Ha, dah kenapa pula kan. Haha. 

Kalau dulu-dulu sebelum mengandungkan baby ketiga sebelum Ali, saya selalulah tengok handphone (guna apps) untuk bersenam. Anak-anak pun suka join sekali. Alhamdullillah completelah cabaran bersenam 30 hari dalam aplikasi tu. Anak-anak memang suka terutama Khubaib, kalau tak ajak, merajuk dia. Bila dah habis senam, ambil gambar bersama mereka untuk letak dalam kolum achievement aplikasi tu. 

Waktu tu memang bersungguh nak ada baby dan jaga berat badan. Berat dah cecah 54 kg masa tu, dah lah diri ni petite je. Siap ada aplikasi Healthify dalam telefon lagi untuk trace kalori makan. 

Cuma encik suami tak joinlah. Encik suami lebih suka pergi bersukan petang-petang. Cuma katanya, susah sangat nak keluar peluh. 

Dan kali ni, rasa terkejut juga apabila tengok dia bersenam sambil tengok handphone. Ha, keluar habis peluh-peluh. Haha. 

Apabila tengok suami bersenam, terus teringat, 'Eh, ni senaman yaang aku selalu buat dulu ni.'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtDOTAi3GvQwjFbKMzW-hOJK7FQcq0Ko2AH3_EJsobE49AWsuxjBAdb1fuJtJ8jM9ycsB1S9krYqkSn97hqLefsKImuYukBr09KEhHXkDUONf1ZUwQ-pCVJ3O28kgBK0LlKJGfEugaXvdQ/s1600/7-tips-hidup-sihat.jpeg
~Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk hidup sebaiknya dan menjaga amanah tubuh badan ini seperti yang dicontohkan oleh baginda Rasulullah s.a.w~
credit gambar: ibuberbicara.blogspot.com


Jentik Hati

Suami ada kata, dan perkataan tu terus menjentik hati dan minda saya ni. 

"Bersenam ni bukan saja untuk nak kurus, tapi untuk kita nak fit juga. Kalau kurus pun masih kena fit. Senang nak buat ibadah." Lebih kurang macam gitulah katanya. 

"Ye, betul-betul". Jawab saya. 

Lepas tu, saya dok terfikir kat diri sendiri. 'Ni Allah nak dok ingatkan aku lah ni agaknya.' 

Yalah, sebagai orang yang ada sedikit ilmu tentang perubatan, bukannya saya tak tahu bersenam tu sangat bagus untuk tubuh badan dan bukan untuk kurus je. Cuma ada ilmu tapi tak nak praktis kan. Atau ada ilmu tapi tak sedar pun ilmu tu pernah ada dalam otak ni. Nak buat atau tidak je. 

Ramai je yang tahu tapi tak mahu. 

Jadi, hari ni saya cabar diri sendiri. Nak kalahkan rasa malas tu dan macam-macam alasan tu. 

Sebab saya tahu apabila badan kita sihat, insya Allah perkara-perkara negatif daripada badan dan minda kita akan keluar. Dan badan kita sedang buat perkara yang positif iaitu perkara kebaikan, yang ikut sunnah Nabi s.a.w. 

Pagi ni saya bersenam Tabata je untuk beginner. Salah satu high intensive interval training (HIIT) yang saya selalu buat dulu. Bertahun dah tinggal. Saya suka senaman Tabata ni sebab ada variety senaman dan masa yang diambil pun sekejap je. Sesuai lah untuk orang-orang yang ada komitmen dan sibuk. 

Em, baru buat satu pusingan pun dah semput. Lama sangat tak buat. Hu. Insya Allah next senaman kita tambah pusingan kedua. Untuk sesiapa yang ada isu / masalah kesihatan, boleh tanya nasihat doktor dulu ye sebelum buat. 

Alhamdulillah, kali ni tengok suami bersungguh nak turunkan berat badan dan sihat. Siap ada coach lagi. Well done Abi!

Ok, selamat menyihatkan diri semua. 

~Jom ikut sunnah, insya Allah dapat berkah~


Dec 4, 2022

Pasca PRU: Ke Mana Fokus Kita?


~Focus on the right matter~ 

~Fokuslah kepada perkara-perkara positif dalam kehidupan yang singkat ini~


Cukuplah pilihanraya lalu kita menilai dan menghisab siapa yang ingin kita pilih dan kita undi serta timbang tara untuk siapa yang kita singkirkan. 

Cukuplah kita judge kelemahan-kelemahan mereka, dan meratib zikir keaiban mereka. 

It's time to move on. 

Fokus pilihan raya telah pun berlalu. 

Fokus sekarang adalah kepada diri kita, persediaan untuk bawa amal balik kepada  Allah s.w.t. 

Menghisab Diri

Kuliah Subuh daripada Pak Mat (Pakcik Mahmad Kardi) semalam menjentik hati. 

Allahu, kadang kita merendahkan individu-individu dan menghukum mereka disebabkan kelemahan mereka, tapi kita lupa mungkin kelemahan kita dalam menjalankan tanggungjawab kepada Allah s.w.t, kepada ibu bapa, isteri, suami dan anak-anak sebagai seorang Khalifah yang Allah ciptakan di muka bumi ini kita tidak teliti dan ambil berat untuk dilaksanakan. 

Lalu, apakah sebagai rakyat kita hanya tutup mata dengan kelemahan mereka yang memimpin, yang bakal memimpin mahupun yang ingin memimpin?

Bukan maksudnya begitu. Sentiasa ada pada kita doa.

Doa sebagai senjata mukmin.

Doalah agar mereka mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Sebagaimana kasihnya Rasulullah pada umatnya. Walaupun ditentang oleh kaumnya sendiri, Rasulullah tidak pernah putus mendoakan hidayah untuk mereka. 

Allahu. 

Yang Allah Redha

Kadang-kadang kita lupa nak ikut jejak Nabi apabila kita diuji. 

Lupa nak ikut tingkah laku Rasululullah s.w.t yang menjadi contoh dan ikutan kita. Hingga kita rasa jadi singa, jadi agresif semata-mata untuk tunjukkan pendapat kita yang benar melebihi daripada tujuan kita hidup sebagai hamba-Nya dan anjuran untuk kita ikut Rasulullah sebagai sebaik-baik ikutan. 

Jenuh oi, nak minta maaf kepada mereka yang kita tidak pernah jumpa dan kenal secara peribadi dan kita kutuk-kutuk mereka di media sosial, mahupun di kedai kopi. 

Allah, Allah, Allah. 

Kita semua buat salah. Dan sebaik-baiik manusia adalah mereka yang bertaubat darioada kesalahan mereka. Yang menyucikan hati dan jiwa serta bersegera meminta keampunan daripada Allah s.w.t. 

~Tanggungjawab kita besar sebab kita jua adalah pemimpin (khalifah). Pimpinlah diri kita kepada Allah sw.t di samping memimpin mereka yang perlu kita pimpinkan~

Nov 20, 2022

PRU-15: Malaysia Negaraku


Selamat datang semua .
Ini masa kita. 
[Pinjam lagu Faizal Tahir] 

Alhamdulillah selesai mengundi petang tadi. Lengang je. Tak perlu beratur. 

Dah beberapa hari dah cerita pada anak-anak, yang Ummi dan Abi nak mengundi sempena pilihanraya. 

Beberapa kali juga Khubaib dan Fathimah tanya undi tu apa. 

"Undi tu kita nak pilih siapa nak jadi wakil kita. Ummi nak pilih siapa yang nak jadi menteri dan jadi Perdana Menteri Malaysia." Ummi dok bercerita selalunya sambil drive kereta waktu ambil atau hantar mereka ke sekolah. Itulah antara ayat semudah mungkin untuk beri anak-anak faham. 

"Kenapa orang tak undi Ummi je?"soal Fathimah.

Hehe. 

"Kenapa Ummi je tak jadi menteri?" Lain macam soalan Khubaib. 

Hehe. Tergelak Ummi dengar soalan anak-anak Ummi. 

Buat masa ni Ummi jadi Menteri Rumah tangga Abi je lah. Ummi merangkap Menteri Kewangan. Abi jadi Perdana Menteri rumah kita. 

Jawapan Ummi pada anak-anak dalam kereta selepas memangkah tadi. 
Hehe. 

~Semoga Allah menjaga kedaulatan Islam melalui kepimpinan yang sedang dipilih hari ini.~

Nov 11, 2022

Ruqyah Diri: Pengalaman Hidup yang Mematangkan


~Pengalaman itu mematangkan dan mendewasakan  diri kita. Ilmu itu mempersiapkan jiwa kita. Dengan izin-Nya~

Ayat-ayat ruqyah mula saya kenali waktu umur 18 tahun dahulu. (Boleh rujuk juga di entri ini). Kini, hampir 20 tahun berlalu, saya banyak belajar, bukan sahaja tentang ayat-ayat ruqyah, bahkan ayat-ayat Al-Quran (bersifat ruqyah) dan setiap ayat serta tujuan bacaannya untuk situasi tertentu.

Ya. Ia sebenarnya sangat membantu. 

Lama dah rasanya tidak terganggu. Sikit-sikit itu mungkin ada, jika kadang-kadang balik lewat malam, atau dalam perjalanan melalui kawasan berhutan tu, adalah kemudian rasa terganggu. 

Jika bercerita atau berkongsi luahan perasaan diganggu ini, dahulu sahabat sematrik, seuniversiti dan sekerja saya Nurhidayah Mazlan tempat saya bercerita. Sebab kami ada satu persamaan iaitu boleh 'rasa' kehadiran entiti yang tidak diundang. Lebih-lebih lagi sewaktu zaman kami jadi rakan sekerja dan serumah dulu, pabila saya hebat dilanda gangguan pelik ni, memang Dayah lah tempat saya kongsi kegusaran saya.

Dua Minggu Terkini 

Dua minggu ini, saya mula rasa terganggu. Mulanya rasa sekadar ada yang menyinggah atau menyakat. Tetapi makin lama, makin melampau pula sampai apabila tiba hampir waktu tengah hari saja saya mula sakit kepala terutama di bahagian atas kening dan ubun-ubun. Anak-anak juga semakin beremosi. Dah lama tak rasa episod macam ni. 

Dua mingggu ini juga saya mula tingkatkan semula hubungan saya dengan Allah. (Allahu, mungkin ini juga ingatan Allah untuk saya). 

Lagi hebat saya dengar dan baca Al-Quran, perlawanannya juga semakin sengit dirasakan. Maka, lagi hebat kita diperangi, lagi hebatlah pula kita perlu kuatkan kubu pertahanan dan tembakan doa-doa kita meminta bantuan-bantuan ekstra daripada Allah yang Maha Berkuasa. Dan saya merasakan gangguan ini bukan biasa-biasa sebab saya dilanda mimpi-mimpi hampir sama genrenya setiap kali saya melelapkan mata. 

Seperti kata-kata ustaz-ustaz yang pernah saya temui sebelum ini, ialah yang terbaik meruqyah atau membacakan ayat-ayat Al-Quran untuk menyembuhkan diri ini adalah tuan badan sendiri. Alhamdulillah, sehari dua ini Allah menampakkan solusi kepada saya. Segala puji kepada Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam. 

Alhamdulillah, sinar kesembuhan semakin terang. 




Pengalaman Yang Mendewasakan 

Berkecimpung dalam bidang ruqyah telah menyebabkan saya dengan izin Allah bukan saja bantu diri saya bahkan bantu orang lain yang memerlukan. 

Saya tidak kuat bahkan Allah lah yang beri sedikit kelebihan ini melalui saya yang serba kekurangan.

Saya pernah ditugaskan menjaga 2 orang pelajar yang sedang kerasukan di surau kecil bersama seorang anak murid yang menemani saya sewaktu jadi pensyarah dahulu. Dan ada sedikit kelebihan 'sense' lain yang Allah bagi pada saya. 

La hawla wala quwwata illa billah hil aliyil 'adzim. 
Tiada daya dan upaya melainkan apa yang telah diberikan olehnya. 

Zaman saya sakit dan lelah kerana penyakit dahulu, saya belajar juga ilmu menghantar semula sihir ini melalui ayat-ayat Al-Quran. Ya, waktu itu  al-maklumlah berdarah muda.

Namun, kali ini saya tak mahu berperang. Cukuplah ia disini. Jika itu adalah daripada sahabat atau kenalan saya, maka saya doakan Allah berikan kesedaran dan hidayah kepadanya. Dan jika anda membaca ini, semoga Allah jaga anda, fi hifzillah!

Rindu Dayah!

Teringat zaman saya keluar makan malam bersama Hidayah dan rakan-rakan serumah dahulu. Kedai makan tu sedap cuma ada nyanyi karaoke dibuka kepada pengunjung. Biasanya saya tidak mahu makan di situ. 

Tapi disebabkan malam itu belum ada lagi karaoke, maka saya bersetuju makan di situ bersama rakan-rakan serumah yang lain. 

Sedang makan-makan, tiba-tiba, ada pakcik dalam usia 50-an ke bahagian hadapan. Tidak lama kemudian, suaranya terus berkumandang disertai lampu bercahaya yang bertukar-tukar warna di belakangnya. 

Tidak lama kemudian, saya berkata kepada Dayah:
"Dayah, awak rasa tak apa saya rasa?" 

"Rasa apa Naddy?"

"Ada benda ni." 

"Oh, faham-faham." 

Dan kami tersenyum sesama sendiri. Dan lepas tu cukuplah memang kami tak pergi kedai tu lagi. 

Dan saya tak cerita dengan orang lain seperti ini sebagaimana saya cerita kepada Dayah. Sebab kalau orang yang tak ada 'sense', mereka akan terus takut. Huhu. 

Dengan suami pun, biasanya saya cerita apabila cerita tersebut dah jadi past tense je. 

Insya Allah, besarkan Allah dalam hidup kita, semua masalah akan mengecil dan pupus dengan izin-Nya. 


Salah satu wirid terbaik yang saya pelajari ialah bacalah Subhanallahi wa bihamdihi 100x pagi dan 100x petang dalam keadaan hati yang khusyuk. Lebih baik lagi jika jadikan wirid ini membasahi lidah sepanjang hari.


~Yang masih perlu belajar. Jom!~ 


Oct 30, 2022

Ali Ke Sekolah Ibu Pengasuh


 

Minggu ini minggu kedua Ummi hantar Ali ke rumah ibu pengasuh Ali. Kiranya hari ketiga lah dia ke sana. 

Semalam Ali tidur awal, lepas balik daripada masjid waktu Maghrib, sampai saja rumah, Ali nak tidur. Bahagia betul dia pergi ke masjid walaupun Ummi bawa dia jalan bahagian kaki lima luar tempat solat tu je. Pagi ini dia bangun pukul 8 pagi, ituun lepas Ummi kejut Ali untuk mandi dan bersiap ke rumah ibu pengasuh nya. Risau pula Ummi dia banyak tidur ni. Semalam pun 5 jam dia tidur. Bangun sekejap pun sebab nak Ummi, lepas tu sambung tidur semula. 

~Ali, setahun yang lalu~

Biasanya rutin seawal pagi Ali, akan bangun waktu Subuh, kadang-kadang sebelum kakak dan abang bangun pergi ke sekolah. Lepas tu dia akan sibuk nak main kat luar rumah dalam pukul 7 lebih macam tu. Dan Ummi akan layankan je, jalan-jalan tengok pokok bunga Ummi dia, siram pokok, tengok ayam, kucing. Itulah antara momen me-time terindah 'Mama dan Ali'. 

Tiga hari ni (termasuk hari cuti), Ali tak beriya sangat nak keluar rumah. Main dalam rumah, main kejar-kejar dengan abang dan kakak, dan berkepit dengan Ummi je lah. Tak pasti adakah ini separation anxiety Ali sebenarnya. 

Pagi ni, dia keluar sendiri nak pakai selipar waktu Ummi keluar nak siapkan kereta untuk hantar dia. Dua hari sebelum ni (waktu nak hantar ke pengasuh), dia buat tak tahu je Ummi keluar masuk rumah, atau bersiap. Biasanya dia lah paling excited kalau pintu rumah terbuka, atau ada yang bersiap nak keluar. 

Insya Allah Ummi harap ianya satu proses untuk Ummi dan Ali. Teringat Abang Khubaib pun begitu juga. Hantar ke sekolah umur 4 tahun, menangis setiap hari selama 3 minggu. Golek-golek atas lantai. Kesian cikgu. 

Tapi lepas cikgu buat air sirap kat sekolah, Khubaib kata, "Esok Khubaib nak pergi sekolah lagi Ummi." Haha. 

Insya Allah, anak-anak Ummi anak yang kuat dan tabah. Dan semoga Ummi juga tabah dan kuat (al-maklumlah Ummi pun hati tisu).

Semoga Allah jaga kita, sayang fillah anak-anak Ummi. 



 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino