::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-
Showing posts with label zikir fikir. Show all posts
Showing posts with label zikir fikir. Show all posts

Mar 14, 2023

The Power of Rejection


~Menangani rejection dengan baik, percayalah kita sedang mendaki tangga kejayaan. 

Lagi tinggi kita mendaki puncak yang indah, lagi tinggi tekanan udara. Itu fitrah.~


Subhanallah, Alhamdullillah.

Tiada daya upaya kita melainkan kekuatan yang diberikan oleh Allah.

Allah izin saya ke seminar Dr Roket Program Postgraduate Transformation Program pada 3 hingga 6 Mac lepas.

Ia membuka suatu insight yang sangat bermakna sebenarnya untuk saya iaitu "the power of rejection." 


Kisah Sepanjang Zaman 

Dan kisah "the power of rejection" ini sebenarnya sangat banyak Allah nukilkan dalam Al-Quran, dan dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w yang sepatutnya menjadi ikutan kita. 

Nak buat baik, nak tegakkan kebenaran dalam perjuangan hidup bukan jalannya macam lebuhraya yang lurus je gitu. Ia jalan yang penuh berliku, penuh cabaran dan penolakan. 

Dakwah Nabi di'reject' dengan bermacam cara. Tapi adakah baginda mengalah?

Tidak, sebab Allah bersama baginda. 

Semakin dakwah Nabi nak disebarkan, semakin kuat tentangan dan rejection, tetapi rejection ini terus menguatkan Nabi dan para sahabat dengan bimbingan daripada Allah s.w.t. 


~Melihat rejection sebagai positive reinforcement untuk berjaya~

Ibrah

Jadi, dalam hidup ini, kita akan banyak menerima penolakan. Tetapi itu semua adalah hanya sebahagian daripada bab-bab kejayaan dalam kehidupan kita. 

Insya Allah, lebih banyak rejection, lebih bertahan kita dan terus mara untuk berjaya. Rasulullah s.a.w sangat tenang apabila berhadapan rejection. 

Semoga kita pun begitu juga. 

Selawat dan salam atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w. 


~Menghayati, mengangumi dan menuntuni sebahagian kisah dan perwatakan baginda Rasulullah s.a.w. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad~

Jul 24, 2022

Yang Sedang Tidur


 ~Jangan mengejutkan 'giant' yang sedang tidur.~

Isu semasa seperti penindasan terhadap barang makanan, kebebasan, dan seumpama dengannya sedang berlaku. 

Mereka yang sedang bermain catur hitam merasakan mereka sedang menang dengan mengatur langkah yag telah berpuluh malah mungkin beratus tahun telah dirancang. 

Lantas, ingatan saya terus mengingat cerita Lord of The Rings kegemaran saya versi Bilbo Baggins yang sedang mengembara ke istana larangan. Naga yang telah hidup dan tidur di istana dengan selesa bersama emas yang melimpah telah dikejutkan bukanlah satu keputusan yang baik. 

Dan inilah yang sedang berlaku. Sleeping giant yang sedang tidur dikejutkan daripada terlena dalam comfort zonenya. Mereka menyangka rancangan mereka yang sedang berjalan akan membunuhnya secara perlahan, namun ia terjadi sebaliknya. Mereka akan mengejutkan sebuah tamadun yang telah di war-warkan akan bangkit menentang kezaliman. 

Dan ia semakin hampir. 

"It's the prophecy!" Jerit mereka yang berada di kampung atas laut berdekatan istana larangan. 

Ia sedang berlaku. 


Bingkisan

Ingatan kita bersama, 

"Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang."

(Surah Ali-Imran ayat 54)


~Pelan dan bertindak.~

Aug 8, 2020

Al-Waqiah: Cinta Dengar Pertama


Biasa dengar jatuh cinta pandang pertama? 
Dari mata turun ke hati. 

Al-Waqiah; adalah cinta dengar pertama saya. Mendengarnya pertama kali langsung saya jatuh hati. 

Dari Telinga Turun ke Jiwa

Sewaktu awal-awal masuk sekolah menengah dahulu, solat berjemaah Maghrib atau Isyak, saya mendengar kakak-kakak senior yang menjadi imam kami sering mengalunkan sebahagian Surah Al-Waqiah ini. Pertama kali mendengarnya saya terus jatuh hati. 

Hingga alunan itu menyebabkan saya sering membaca surah itu usai solat Maghrib atau Isyak. Dek kerana sering berdamping dengannya, saya dapat menghafal seluruh Surah Al-Waqiah sewaktu sekitar Tingkatan 3 atau 4. 

Jatuh hati dengan Surah Al-Waqiah rasanya lain. Seingat saya sewaktu sekitar Tingkatan 3 dahulu, selalu saya mendengar alunan surah ini di radio Ikim.fm pada waktu malam semasa bercuti di rumah mahupun sewaktu hujung minggu di asrama. Syeikh yang mengalunkan surah ini teresak-esak membacanya sambil diiringi background angin yang menderu di baliknya. 

Sentuhan jiwa itu menyentuh ke hati langsung berderai air mata. Walaupun waktu itu, saya belum memahami sepenuhnya bait-bait surah itu, tetapi mungkin saja bukan saya bahkan sesiapa saja mungkin tersentuh jiwa dan menitis air mata mendengarnya. 



Menuntun Hati Menuju Allah

Dek kerana suka mendengar surah Al-Waqiah, kesannya bukan saja saya dapat hafaz surah ini tanpa sengaja tetapi kesan paling besar dalam hidup ini adalah ia telah membuka mata hati. Bahawa dunia ini hanyalah sementara dan akhirat itulah yang kekal abadi. 

Matlamat kehidupan ini adalah kembali kepada Allah. Surah ini menimbulkan rasa takut dan harap. Takut akan kemurkaannya dan mengharapkan keredhaan-Nya. Surah ini mengajar hati ini untuk mensyukuri pada Zat Yang Maha Memberi. 

Kadang-kadang kita tenggelam dalam kenikmatan dunia hingga lupa hak-hak orang lain yang perlu kita tunaikan, hingga lupa pada suruhan dan larangan Tuhan, lebih bahaya lagi apabila kita menidakkan Allah sebagai Pemberi rezeki. 

"Apakah kamu menganggap remeh berita ini (Al-Quran)? Dan kamu menjadikan rezeki yang kamu terima (dari Allah) justeru untuk mendustakan(Nya)?"
(Al-Waqiah; 56 : 81-82)

Kadang-kadang kita menganggap segala rezeki itu hanya dari hasil kita, hingga kita lupa yang mengizinkan dan memberkati rezeki itu pada kita adalah Allah. 


Al-Waqiah Kini

Hingga ini, kedudukan Al-Waqiah masih sama di hati saya. Hingga nama kereta saya pun saya letakkan nama Waqiah dan kebetulan nombor platnya lebih kurang sama depannya. 

Sebelum ini iaitu dua tiga tahun kebelakangan, saya tertinggal surah Al-Waqiah daripada rutin harian. Tidak sama macam dulu di zaman sekolah. Ia tertinggal dari hati dek mengejar rutin harian. 

Saya muhasabah. Menyedari kelalaian dan kerinduan itu mengambil waktu. Rindu pada surah Al-Waqiah.

Kini, masa mengatur jadual hidup kembali.  Itulah juga teman yang saya jadikan untuk anak-anak. InsyaAllah mungkin di lain entri boleh mencoret tentang pengaruh Surah Al-Waqiah dalam kehidupan berkeluarga dan anak-anak yang sememangnya excited dengan surah ini. 

Semoga kita semua menjadikan Al-Quran sebagai tempat rujukan dan teman hidup ini. Jika tertinggal, ia tentu sangat dirindui. 






Aug 1, 2012

Asy-Syuara: Doa Nabi Ibrahim


~Wahai Allah, Tuhan kami. Suluhilah kami dengan cahaya-Mu yang tidak pernah kunjung malap.~

~Ya Allah, jadikan diri kami ini orang-orang yang sentiasa dekat dengan-Mu~


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 



'(Ibrahim berdoa) , 
"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh,
dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi (orang-orang) yang datang kemudian,
dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan,
dan ampunilah ayahku, sesungguhnya dia termasuk orang yang sesat,
dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan,
(yaitu) pada hari (ketika) harta dan anak-anak tidak berguna,
kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih,
dan Syurga didekatkan kepada orang-orang bertakwa,
dan neraka Jahim diperlihatkan dengan jelas kepada orang-orang yang sesat."

(Asy-Syuara; 26:83-91)

Jun 5, 2011

Bukankah Dia Tuhanmu


~Bukankah Allah itu Tuhanmu? Maha Suci Allah atas setiap bait-bait firman-Nya~


"Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air  itu kebun-kebun yang berpemandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)?  Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran)."





"Bukankah Dia (Allah) yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengukuhkan)nya dan yang menjadikan suatu pemisah antara 2 laut? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui."





"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan  (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)?  Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."






"Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan. "



(Surah An-Naml ; 27: 60-63)

~Sandaran utuh kepada-Nya adalah sumber kekuatan, cahaya dan kebahagiaan insan~

Nov 27, 2010

Di Sebalik Seruan Allah dan Rasul


~Setiap darinya adalah hikmah dan hadiah dari Allah~





"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila Dia menyerukan kepadamu sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan." 
(Al-Anfal; 8:24)

Dalam seruan kepada Allah dan Rasul, Dia telah menjanjikan kepada hamba-hamba-Nya untuk memberikan satu kehidupan. Kehidupan itu adalah hadiah. Maka siapakah yang tidak mahu menerima hadiah Yang Maha Kaya? 


~Sesungguhnya Allah berada di antara manusia dan hatinya~                       

Nov 7, 2010

Rasa Takut dan Harap = Rahmat-Nya


~Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya~


Firman-Nya:

"Sungguh Tuhanmu adalah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat. (Dia ciptakan) matahari, bulan dan bintang-bintang yang tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya. Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam."





"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan dengan suara yang lembut. Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."




"Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik.  Berdoalah kepadanya dengan rasa takut dan harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan."





"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira mendahului kedatangan rahmat-Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian Kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."



Pelajaran dari Al-A'raf surah ke 7 ; ayat 54-57. 

~Pohonlah dengan  penuh rasa takut dan harap. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui~

Sep 29, 2010

Ke Jalan-Nya




'Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (agama)-Nya, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan kurnia-Nya (syurga), dan menunjukkan mereka jalan lurus kepada-Nya.'

(An-Nisa' :4 :175)

Ameen.
 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino