~Manusia fitrahnya saling bergantungan, mengharapkan dan diharapkan. Ia sesuatu yang tidak dapat dihindar. Pergantungan dan pengharapan yang paling ampuh adalah pada Tuhan seluruh alam.~
Fasa-Fasa Kehidupan
Memasuki alam perkahwinan, banyak ibrah yang saya belajar. Perkahwinan bukan saja penyatuan dua hati atau alam indah yang dinanti-nanti. Perkahwinan banyak mendidik diri. Alam yang Allah izinkan untuk tarbiyah hati. Alam untuk kita saling bertolak ansur, menerima seadanya pasangan yang tinggal bersama, mendidik diri untuk merendahkan ego, mentarbiyah hati untuk sentiasa berbalik kepada Allah Yang Maha Mengetahui dan Mendengar.
Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk memasuki alam keibubapaan. Walaupun baru beberapa hari Allah anugerahkan mujahid kecil ini, ia banyak mendidik diri. Alam ini bukan saja mengajar untuk bersabar. Namun, ianya adalah alam untuk memberi tanpa batas. Memberi, memberi dan memberi.
Fasa Menanti Kelahiran
Baru diri ini sedar betapa sukarnya menjadi ibu bermula dari mengandungkan si kecil - pelbagai karenah perlu dilalui. Alhamdulillah, proses mengandungkan mujahid kecil ini tidak seteruk mana. Kemudian proses melahirkan yang pertama kali ini merupakan pengalaman yang agak traumatik - bak kata sahabat saya, Mawaddah yang sudi meminjamkan masa mendengar luahan rasa. Ya, agak perit apabila melalui pengalaman uterine hyperstimulation selepas induction of labour walaupun saya telah mengalami kontraksi. Doktor yang saya beritahu bahawa saya telah mengalami kontraksi bermuka cuak dan mengatakan bahawa sejam selepas itu saya akan melalui pemeriksaaan Cardiotocograhpy (CTG). Namun, sejam berlalu, tiada siapa kembali memeriksa saya.
Hanya lima jam kemudian, doktor pakar dan dua orang pegawai perubatan yang lain datang ke katil saya. Terkejut doktor pakar apabila saya mengatakan jumlah kontraksi yang saya alami dalam 10 minit. Pelik kerana doktor pakar yang melihat graf CTG saya nampak kontraksi berlaku. Pegawai perubatan yang sebelum itu memberi laporan bahawa saya tidak mengalami kontraksi telah diarahkan untuk mengeluarkan ubat Prostin itu kembali. Peritnya, hanya Allah yang mengetahui.
Cukuplah hanya setakat itu perkongsian pengalaman saya.
Satu ayat selalu diulang zawj saya tatkala itu adalah "Ini bahagian masing-masing ".
Lama saya renung maksud itu. Dan tika itu baru Allah ingatkan saya bahawa :
Medan Memberi 24 Jam Sehari
Perjuangan memberi bukan saja di luar rumah bahkan ia bermula dari dalam rumah lagi. Peluang memberi tanpa meminta balas adalah medan di rumah ini. Hanya redha Allah yang diharapkan. Jika sebelum ini kita bukan orang yang penyabar, inilah medan kita didik diri untuk bersabar. Jika sebelum ini kita pentingkan diri, inilah medan kita mengutamakan yang lain lebih dari diri sendiri. Jika sebelum ini kita kurang menyelami pengorbanan ibu bapa membesarkan kita, inilah medan Allah beri kita menghayati pengorbanan tanpa syarat mereka. Jika sebelum ini kita sukar untuk memberi, inilah medannya kita untuk berjuang memberi di rumah sendiri - 24 jam 7 hari seminggu.
Pembungkus
Masih jauh lagi langkah ini sekiranya diizinkan Allah. Saya masih lagi bertatih bukan hanya setakat mendapat gelaran isteri dan ibu namun untuk menjadi isteri solehah dan ibu solehah pada keluarga untuk mendidik generasi hamba-Nya yang diredhai. Mampu atau tidak bukan soalnya. Ilmu dan usaha perlu ada, serta doa untuk terus istiqamah dan memohon kekuatan dari Allah. Kerana saya manusia yang lemah dan tidak berdaya melainkan pergantungan dan sandaran yang tidak berbelah bagi pada Allah yang Maha Kuasa.
Fasa kehidupan akan terus dilalui. Moga ibrah akan melekat di hati untuk mendidik diri.
~Melahirkanmu suatu pengalaman mendidik diri bahawa diriku lemah dan sentiasa perlukan Allah. Antara hidup dan mati, kelahiranmu tetap dinanti. Semoga Allah meredhai.~
~Di fasa keibubapaan, Allah ajar erti kita rasa menjadi ibu bapa - medan memberi tanpa syarat~ |
Sejak kecil, kita perlu kasih sayang ibu bapa
Apabila meningkat remaja, kita semakin ingin kebebasan
Lalu tali pergantungan sedikit demi sedikit dilonggarkan
Ada masanya dengan Allah juga kita lalai
kerana tali pergantungan pada Allah juga kita biar
Diketuk ujian, kita kembali pada-Nya
Fasa-fasa kehidupan umpama tingkat berlainan cabaran
Ada nikmat juga ujian berlainan
Firman Allah - manusia diuji untuk dilihat tingkat amalan
Moga fasa demi fasa kehidupan
Kita hidup dengan redha Allah
Pengakhiran dengan keimananan
Memasuki alam perkahwinan, banyak ibrah yang saya belajar. Perkahwinan bukan saja penyatuan dua hati atau alam indah yang dinanti-nanti. Perkahwinan banyak mendidik diri. Alam yang Allah izinkan untuk tarbiyah hati. Alam untuk kita saling bertolak ansur, menerima seadanya pasangan yang tinggal bersama, mendidik diri untuk merendahkan ego, mentarbiyah hati untuk sentiasa berbalik kepada Allah Yang Maha Mengetahui dan Mendengar.
Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk memasuki alam keibubapaan. Walaupun baru beberapa hari Allah anugerahkan mujahid kecil ini, ia banyak mendidik diri. Alam ini bukan saja mengajar untuk bersabar. Namun, ianya adalah alam untuk memberi tanpa batas. Memberi, memberi dan memberi.
Fasa Menanti Kelahiran
Baru diri ini sedar betapa sukarnya menjadi ibu bermula dari mengandungkan si kecil - pelbagai karenah perlu dilalui. Alhamdulillah, proses mengandungkan mujahid kecil ini tidak seteruk mana. Kemudian proses melahirkan yang pertama kali ini merupakan pengalaman yang agak traumatik - bak kata sahabat saya, Mawaddah yang sudi meminjamkan masa mendengar luahan rasa. Ya, agak perit apabila melalui pengalaman uterine hyperstimulation selepas induction of labour walaupun saya telah mengalami kontraksi. Doktor yang saya beritahu bahawa saya telah mengalami kontraksi bermuka cuak dan mengatakan bahawa sejam selepas itu saya akan melalui pemeriksaaan Cardiotocograhpy (CTG). Namun, sejam berlalu, tiada siapa kembali memeriksa saya.
Hanya lima jam kemudian, doktor pakar dan dua orang pegawai perubatan yang lain datang ke katil saya. Terkejut doktor pakar apabila saya mengatakan jumlah kontraksi yang saya alami dalam 10 minit. Pelik kerana doktor pakar yang melihat graf CTG saya nampak kontraksi berlaku. Pegawai perubatan yang sebelum itu memberi laporan bahawa saya tidak mengalami kontraksi telah diarahkan untuk mengeluarkan ubat Prostin itu kembali. Peritnya, hanya Allah yang mengetahui.
Cukuplah hanya setakat itu perkongsian pengalaman saya.
Satu ayat selalu diulang zawj saya tatkala itu adalah "Ini bahagian masing-masing ".
Lama saya renung maksud itu. Dan tika itu baru Allah ingatkan saya bahawa :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"Moga Allah bersihkan diri saya yang berdosa ini. Semoga dijadikan ibrah bersama.
(Surah Al-Baqarah ; 2:286)
Medan Memberi 24 Jam Sehari
Perjuangan memberi bukan saja di luar rumah bahkan ia bermula dari dalam rumah lagi. Peluang memberi tanpa meminta balas adalah medan di rumah ini. Hanya redha Allah yang diharapkan. Jika sebelum ini kita bukan orang yang penyabar, inilah medan kita didik diri untuk bersabar. Jika sebelum ini kita pentingkan diri, inilah medan kita mengutamakan yang lain lebih dari diri sendiri. Jika sebelum ini kita kurang menyelami pengorbanan ibu bapa membesarkan kita, inilah medan Allah beri kita menghayati pengorbanan tanpa syarat mereka. Jika sebelum ini kita sukar untuk memberi, inilah medannya kita untuk berjuang memberi di rumah sendiri - 24 jam 7 hari seminggu.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."
(Luqman; 31:14)