::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Jul 16, 2015

Bila Ramadhan Melambai Pergi


Hari ini sudah 29 hari Ramadhan berlalu.
Ada yg gembira berlalunya Ramadhan kerana ketibaan hari raya. Ada juga golongan yg bersedih dengan pemergian Ramadhan.

Di saat-saat akhir Ramadhan ini, kita mengharapkan pengampunan Allah. Semoga perginya Ramadhan dalam kita tidak menyesali pemergiannya.

Terasa sangat singkat masa bersama Ramadhan. Dengan keterbatasan pertama kali menjadi ibu dan isteri jarak jauh, cabaran meraikan Ramadhan berbanding zaman bujang sangat berbeza.

Hanya kemudahan dariNya saja yang diharapkan. Di akhir Ramadhan ini, semoga Allah merahmati kita dengan anugerah ibrah dan bekalan yang berharga untuk 11 bulan akan datang jika ada umur lagi kita di dunia serta bekalan untuk alam yang lebih abadi.

Semoga Allah terima amalan kita semua dan berjumpa di Ramadhan akan datang.

Taqabbalallahu minna wa min kum...

Minal aidil wal faizin.

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino