~Moga hati akan terus berjuang, berpegang teguh pada Deen sehingga menemui Tuhannya~
Lama sangat dah tak menulis. Menjadi usang nampaknya laman ini.
Kalau lama, dibersihkan selalu tetap akan cantik dan dipanggil antik.
Namun, kalau lama dan tidak dibersihkan menjadi sarang habuk dan pelbagai semak samun yang semakin menjalar, maka yang cantik pun akan jadi usang.
Kalau lama, dibersihkan selalu tetap akan cantik dan dipanggil antik.
Namun, kalau lama dan tidak dibersihkan menjadi sarang habuk dan pelbagai semak samun yang semakin menjalar, maka yang cantik pun akan jadi usang.
~Hold on tight, dear heart!~ |
Maaf. Masih sedang berjuang. Menjadi ibu kepada si pejuang kecil meneruskan hari-hari bekerja tanpa ditemani suami memerlukan jumlah masa dan tenaga besar. Ditambah lagi perjuangan sarjana yang belum selesai. Mohon doa semua, moga ini adalah semester terakhir saya sebelum mengkhatamkan kelas ilmu ini dengan segulung pengijazahan yang bermakna untuk ummah.
Bukan itu sebenarnya isi mesej entri kali ini. Banyak idea untuk menulis namun mungkin cukup ringkas dan moga ia berisi kali ini.
Antik dan usang bukanlah hanya pada benda.
Kisah hati antik mengisahkan tentang hati yang boleh berusia lama mana jua namun sering dibersihkan dengan peringatan-peringatan kepada Pencipta, dibasuh dengan air mata khauf kepada Sang Khalik membuatkan ia menjadi antik.
Hati yang antik tetap terus cantik.
Nilai nya tetap tinggi walaupun mungkin dirinya sudah berusia lanjut.
Mata akan tertumpu padanya kerana ia adalah manusia Allah yang unik di mataNya.
Biarpun di telan zaman, hati yang antik tetap asli dengan kesuciannya.
Hati yang usang tidak perlu dikira usia.
Yang baru pun boleh jadi usang jika dah banyak habuk yang bersarang. Bukan saja tidak dikehendaki, bahkan akan terus dijauhi.
Hati, jika tidak dibersih, pasti ada zarah habuk yang melekat. Tidak ada cara terbaik melainkan dengan peringatan kepada Tuhan Yang Esa. Kita manusia memang selalu terlupa. Jika lama tidak dibersihkan, hati yang usang boleh jadi lupa diri.
Peringatan, pembersihan diri dan hati bukan dibuat setahun sekali atau dibuat sambil lewa saja. Lagi kuat dan kerap ribut dugaan yang mendatang, lagi kuat lah lagi hati kita perlu berpaut pada Allah Rabbul Izzati. Ingat, nikmat itu pun ujian hati.
Peringatan ini jua buat diri saya ini. Takut lupa diri, hingga infaq diri dan hati pada Allah bukan lagi prioriti.
Ya Rabbi, tetapkan hati-hati kami di jalan-Mu.
~Jalan ini penuh liku.. Doa, doa, dan doa.. Kekadang diri alpa.. tapi doa agar diri tidak lupa~