::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Oct 30, 2022

Ali Ke Sekolah Ibu Pengasuh


 

Minggu ini minggu kedua Ummi hantar Ali ke rumah ibu pengasuh Ali. Kiranya hari ketiga lah dia ke sana. 

Semalam Ali tidur awal, lepas balik daripada masjid waktu Maghrib, sampai saja rumah, Ali nak tidur. Bahagia betul dia pergi ke masjid walaupun Ummi bawa dia jalan bahagian kaki lima luar tempat solat tu je. Pagi ini dia bangun pukul 8 pagi, ituun lepas Ummi kejut Ali untuk mandi dan bersiap ke rumah ibu pengasuh nya. Risau pula Ummi dia banyak tidur ni. Semalam pun 5 jam dia tidur. Bangun sekejap pun sebab nak Ummi, lepas tu sambung tidur semula. 

~Ali, setahun yang lalu~

Biasanya rutin seawal pagi Ali, akan bangun waktu Subuh, kadang-kadang sebelum kakak dan abang bangun pergi ke sekolah. Lepas tu dia akan sibuk nak main kat luar rumah dalam pukul 7 lebih macam tu. Dan Ummi akan layankan je, jalan-jalan tengok pokok bunga Ummi dia, siram pokok, tengok ayam, kucing. Itulah antara momen me-time terindah 'Mama dan Ali'. 

Tiga hari ni (termasuk hari cuti), Ali tak beriya sangat nak keluar rumah. Main dalam rumah, main kejar-kejar dengan abang dan kakak, dan berkepit dengan Ummi je lah. Tak pasti adakah ini separation anxiety Ali sebenarnya. 

Pagi ni, dia keluar sendiri nak pakai selipar waktu Ummi keluar nak siapkan kereta untuk hantar dia. Dua hari sebelum ni (waktu nak hantar ke pengasuh), dia buat tak tahu je Ummi keluar masuk rumah, atau bersiap. Biasanya dia lah paling excited kalau pintu rumah terbuka, atau ada yang bersiap nak keluar. 

Insya Allah Ummi harap ianya satu proses untuk Ummi dan Ali. Teringat Abang Khubaib pun begitu juga. Hantar ke sekolah umur 4 tahun, menangis setiap hari selama 3 minggu. Golek-golek atas lantai. Kesian cikgu. 

Tapi lepas cikgu buat air sirap kat sekolah, Khubaib kata, "Esok Khubaib nak pergi sekolah lagi Ummi." Haha. 

Insya Allah, anak-anak Ummi anak yang kuat dan tabah. Dan semoga Ummi juga tabah dan kuat (al-maklumlah Ummi pun hati tisu).

Semoga Allah jaga kita, sayang fillah anak-anak Ummi. 



Oct 27, 2022

Tuliskan : Edisi Perkahwinan Alle & Perjalanan Baru


 Dah lama tak rasa jantung berdebar dan berdegup laju.

Seminggu ni rasa macam tu. 

Memang kena jaga makan, minum terutama elakkan minuman berkafein sekarang. Lepas je minum kopi suami buat semalam, berdebar-debar. Makan pisang sebiji, lega sedikit Alhamdulillah.

Dulu, zaman muda-mudi memang suka minum teh bunga crysanthemum tu, lagi-lagi kalau yang jual kat tepi  jalan dalam balang air ada bunga-bunga nya yang meriah. Siap minta lagi tambah bunga dalam cawan bungkus. Ikut kajian, teh bunga krisantemum ni bagus tau untuk buang stress yang berkumpul dalam badan kita ni. Di Mersing tak jumpa lagi orang jual ni di tepi jalan. Ada nampak dulu di bazar Ramadhan je. 

Satu Langkah Lagi

Alhamdulillah Allah izinkan saya untuk mulakan sekali lagi perjalanan sebagai seorang pelajar secara rasmi. Entah kenapa kali ni memang rasa agak serabut, sebab belum pandai uruskan masa lagi. 

Minggu lepas adalah minggu taaruf (pagi sampai petang online), dalam masa sama pening cari pengasuh Ali. Terabai sekejap nak siapkan dokumen yang MARA minta. Minggu ni aras macam dah terlambat, jadi macam kelam kabut. Allahu, cuba cari tenang. Dan fokus siapkan dokumen MARA ini untuk hantar secepatnya. Yang lain perlu hold on dulu. 

Seminggu dua ini juga banyak cuti. Raikan Shaheera (Alle), sahabatku BFF zaman STJ dulu di hari perkahwinannya. The one day yang tak boleh ganti dan perlu ditepati janji untuk pergi jika tiada aral. Alhamdulillah jumpa rakan-rakan STJ. Sempat bersembang. Allahu, balik daripada majlis walimah Alle sampai ke malam, terasa lagi bahagia, seronok dapat jumpa kawan-kawan. Sampai cakap kat suami, dah lama tak rasa happy macam ni. 

Bak kata Suami, "Lepas jumpa, kena tambah 2 jam lagi." 

Kata Ayung dan Mawaddah, " 2 jam tu kira sikit je tu." Hehe. 

Yelah, mungkin sebelum ni, duduk rumah hanya dengan circle anak-anak dan keluarga, rutin harian yang hampir sama, dan suapan minda dan emosi juga sama. Mood pun mendatar je. 

Teringat kata-kata suami dalam kereta, (perjalanan balik daripada majlis) yang kami ni kalau bersembang macam perbualan orang-orang bijaksana bersembang. 

Apabila tanya bersembang orang-orang bijaksana tu macamana, katanya tak dapat nak bagi contoh. 

Entahla, mungkin tu yang sembang-sembang rasa gembira. Hehe. 




Penting sangat me-time, sekali sekala jumpa kawan-kawan. Teringat zaman belajar UIA dulu, sahabatku Mawaddah yang dah kahwin time tu memang ada peruntukan masa nak me-time dengan kawan-kawan. Thanks to her husband merangkap kawan sekolah kami juga di STJ.

Muhasabah Masa Menulis

Kadang-kadang kita rasa terlalu sibuk sampai tak sempat planning hari kita, minggu kita. Kita rasa terlalu sibuk sampai tak sempat menulis meluahkan semua luahan dalam hati kita, semua idea yang terbang dalam otak kita. Dan kita perlu tangkap semua perasaaan, emosi, idea yang sedang kacau bilau berterabur tu dan tuliskan supaya ia jadi organise. Seperti kata David Allen, "Otak adalah tempat untuk untuk menghasilkan idea, bukan untuk memegang idea."

Kadang-kadang kita ni malas menulis atas pelbagai alasan. Em, ini muhasabah diri sendiri. 

Memang kadang-kadang rasa tak ada masa. Masa banyak untuk orang lain. Mungkin saya perlu blok masa beberapa minit juga untuk diri kita. Sedang memperbaikinya.

Zaman di UIA dulu, hampir setiap petang (jika tak ada kelas petang), saya akan duduk tepi tasik. Seorang diri pun jadi. Sebab tasik tu depan asrama perempuan dan terbuka. Tak ada rasa risau diganggu. Allahu, apabila duduk seorang diri etngok langit, burung-burung, air yang berkocak di tasik, nikmatnya tu tak dapat digambarkan. Itulah terapi alam. 

Insya Allah hari ni bajet menulis 30 minit saja. Alhamdulillah, termasuk dalam win pagi ini. Insya Allah, nak buat kerja-kerja yang dalam list yang lain pula terutama fokus utama siapkan dokumen MARA. 

Insya Allah, semoga Allah rahmati kita. Kena belajar fokus tanpa rasa burn out (serabut). Insya Allah untuk yang sedang membaca ini, fi hifzillah (Allah jaga kita). 


"Your mind is for having ideas, not holding them." (David Allen)


 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino