::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

May 23, 2023

Ibrah: Berkaki Ayam Di Bawah Terik Mentari


 ~Ibrah akan menjadi ibrah apabila kita lihat dengan mata dan mata hati, fikir dan berdamai atas segala yang terjadi~

Suhu hari ini di Mersing, Johor sekitar 33-34 darjah Celcius. Seminggu sebelum ini memang lama tak hujan. Hinggakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kebenaran murid sekolah dan staf sekolah boleh memaki t-shirt rasmi di sekolah. 

Awal tahun ini Malaysia dilanda fenomena La Nina, adakah bulan Jun yang dijangka akan dilanda El Nino benar-benar akan menjadi nyata?

Doakan kajian penyelidikan saya berkaitan fenomena alam ini dan sains kesihatan. Masih dalam di Semester 2, semoga semuanya berjalan lancar Insya Allah. 

~Kisah budak berkaki ayam yang menjentik hati ini~

Kajian Penyelidikan Menjentik Minda

Dalam kajian-kajian penyelidikan yang lepas, saya tertarik dengan suatu kajian daripada negara China yang dijalankan kajian berkaitan adaptasi masyarakat luar bandar mereka terhadap suhu persekitaran yang panas.

Disebabkan keterbatasan mereka dalam menggunakan air-cond sebagai salah satu cara atau sumber untuk sejukkan badan, (yalah kebanyakannya kurang mampu dari segi kewangan), jadi, mereka menggunakan pelbagai lagi keadah adaptasi yang lain. Tertariknya saya apabila pengkaji menyimpulkan bahawa masyarakat luar bandar bukan sahaja beradaptasi tetapi mula membina resilience atau ketahanan terhadap perubahan iklim yang semakin panas.  

Sebenarnya hari ini saya tergerak nak menulis bukan sebab kajian yang saya jumpai tu (dah berminggu-minggu dah jumpa). 

Cuma, saya tertarik nak berkongsi apabila tadi lebih kurang jam 12:30 tengah hari jemput anak-anak balik sekolah (sambil menunggu dalam kereta yang berhawa dingin dan jammed nak masuk kawasan menunggu), saya lihat seorang murid lelaki berlari-lari anak berkaki ayam melintas jalan (bertar!) dari kawasan menunggu menuju ke kedai runcit berhadapan. 

Satu perkataan yang terpacul dalam minda saya "Resilience!" 

Subhanallah, mungkin ini salah satu sebab saya suka duduk di kampung dan besarkan anak-anak di luar bandar.

............

'Tahan betul panas kaki budak ni.' getus hati saya. 

Senario tadi saya percaya sangat 'rare' berlaku di bandar-bandar. 

Berpanas di bawah terik matahari yang sedang meninggi pun saya dah rasa perit, apatah lagi saunakan kaki di atas jalan bertar. 

Budak lelaki tersebut memberi kan saya suatu pengajaran. 

Ya, berbanding bergantung dengan satu sumber dalam kehidupan, kita perlu belajar menjadi resilience apabila berhadapan dengan cabaran. Gunakan kekreatifan yang ada untuk terus survival dan jangan mudah mengalah. 

Alhamdulillah, syukur Allah beri hikmah hari ini untuk saya pelajari. 

Topik perbincangan tentang samada nak beli penghawa dingin pernah juga saya keutarakan pada suami beberapa minggu lalu, dan saya kongsi dengan suami dapatan penyelidik daripada negara China di atas. 

Dan saya katakan, 'takpalah, daripada kita bergantung kepada air-cond (teknologi), kita belajarlah bina ketahanan badan (reseliency) kita sendiri. 

~Setiap yang berlaku pasti ada hikmah untuk kita pelajari~


 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino