~Ada masa saya diam, tapi sebenarnya hati sedang menangis. Penat fizikal tak sama dengan penat emosi. Semoga Allah bimbing saya untuk terus kuat dan tabah menghadapinya.~
Sejak seminggu dua ni, emosi ibu kembali terganggu, ada past unresolved emotion, triggered daripada pihak ketiga, yang tu biarlah saya simpan di sini saja. Ibu lebib banyak melepaskan rasa marah pada mereka, ada kala menangis teresak. Ditambah pula dengan keadaan ibu yang fizikalnya semakin lemah, nak duduk lama pun katanya tak larat dah. Cepat-cepat nak baring semula.
Saya hanya mendengar walaupun telah menasihati untuk tak hiraukan mereka supaya tak ganggu kesihatan, hanya setakat itu sajalah yang mampu. Sebab hati dan pemikiran adalah empunya tuan badan. 'Ya Allah berilah ibuku ketenangan.'
Minggu ini juga saya agak sibuk dengan dateline slide yang baru saya dapat untuk dihantar hari Isnin ke Kulliyyah. Kelam kabut juga nak update slide. Alhamdulillah, duduk dalam circle dengan ada guidance Mentor, slide untuk pembentangan sebenarnya dah lama ada, cuma belum update dengan keputusan kajian terbaru. Semoga Allah rahmati guruku dengan ilmu yang diberi. Lagipun zaman sekarang, dengan bantuan teknologi, buat slide lebih mudah. Guna prompt yang betul daripada ChatGPT dan buatkan ia di Google Gemini.
Disebabkan tarikh pembentangan kajian masih belum dapat, saya bercadang untuk buat mock pembentangan hari Selasa depan bersama sahabat-sahabat pascasiswazah. Tapi terkejut bila tahu jadual dikeluarkan, saya jadi orang keempat yang membentangkan semester ini, iaitu pada Selasa pagi depan. Cepat-cepat saya tukar tarikh mock pembentangan dan Alhamdulillah dapat bentangkan pada Khamis petang lepas menggunakan slide terkini selama 18 minit. Selesai satu bahagian akademik minggu ini, dan saya perlu berdepan satu lagi kerja akademik saya iaitu minggu depan.
Banyak perasaan dan hati yang perlu jaga. Ketika saya rasa sangat terbeban dengan emosi minggu ini, terutama terkesan dengan orang-orang kesayangan saya, saya berjalan pagi semula di perumahan sampailah ke taman rekreasi di sini, dan kemudian ke deretan kedai untuk urusan dan berpatah semula ke kereta. Senaman sendiri di rumah tak cukup untuk saya turunkan hormon kortisol saya. Sebab tanggungjawab saya masih banyak sebagai ibu dan sebagai anak. Ada kehidupan dan akademik. Dan keduanya ibarat ombak yang bergelora di kiri dan kanan. Saya tak boleh kalah dalam mengendalikan kapal ini, jika tidak saya akan tenggelam sekali.
Ada masa bersedih, nanti datang si kecil tu tiba-tiba pada ummi dia: "Ummi, Ali just nak hug."
Dan hari ni juga sensitiviti ibu beralih pula kepada saya. Tak mahu makan. Menangis dan menjerit. Merajuk sebabkan salah faham yang kecil. Saya pujuk dan jelaskan. Tapi ibu masih begitu. Saya juga minta pandangan orang yang lebih profesional. Semoga Allah permudahkan semuanya, Allah jaga hati-hati kami, dan sentiasa dalam peliharaan Dia. Saya peluk sekejap Ali, si kecil kesayangan Ummi dia ni, yang sedang meniarap. Kemudian, kata Ali, "Ummi sedih." He just know, walaupun saya tak menangis, dan hanya diam memeluknya.
Insya Allah mohon Allah permudahkan urusan pembentangan saya minggu hadapan. Dan satu lagi episod kehidupan yang akan saya tutup dengan baik pada minggu seterusnya April ini. Insya Allah, semoga Allah berikan kelancaran.
Pembungkus
Saya percaya tak selamanya ombak itu akan terus bergelora, akan ada waktu tenang, walaupun sekarang belum lagi waktunya. Kalau nampak saya kuat, saya gembira, hanya itulah yang saya mampu lakukan untuk terus berfungsi normal sebagai manusia. Sebab saya perlu jaga diri sendiri untuk menjaga amanah ini.
Kisah-kisah Nabi selalu menjadi pedoman untuk saya, cerita-cerita dalam Al-Quran dan firman Allah selalu menjadi petunjuk dalam sedih dan duka. Al-Quran heals.
~Saya tetap senyum supaya saya boleh menjadi manusia berfungsi menjalankan tanggungjawab dalam hidup ini.~












0 comments:
Post a Comment