~Alangkah indahnya hidup ini andai hanya segala yang indah saja yang menjadi ingatan~
Kehidupan adalah satu pentas ujian. Ada ujian yang berbentuk kesakitan, dan ada juga nikmat yang berupa ujian buat manusia.
Dalam hidup ini, kita bertemu ramai manusia yang mungkin silih berganti datang dan pergi, ataupun mungkin menjadi teman sejati kita selama-lamanya hatta hingga ke syurga.
Tiada ukhuwwah yang sentiasa indah dan tidak diuji. Pelangi tidak terbentuk tanpa ada hujan renyai sebelumnya. Ada manis dan ada pahitnya.
Namun, kitalah manusia. Sering cepat melihat satu titik hitam di atas kertas putih yang bersih. Kita lupa melihat banyaknya ruang yang masih putih.
Begitu juga ibaratnya dengan orang di sekeliling kita. Kita sering melihat sebaris catatan kesalahan mereka berbanding berhelai-helai kebaikan mereka kepada kita.
Hargailah mereka yang pernah hadir dalam hidup kita, kerana setiap kehadiran mereka di dalam hidup ini pasti memberi makna dan hikmah yang tersembunyi.
Ia pasti memberi kelapangan dan kebahagiaan pada sekeping hati.
~Moga setiap kesalahan itu ibarat tertulis di atas pasir, ditiup angin lalu mahupun dibawa ombak biru. Moga setiap kebaikan seperti dipahat di atas batu, dan kekal terus dikenang selalu.~
3 comments:
Teori Pak Ungku 9-1...kalo kita bergaduh atau terasa dgn org pun selalu lah memikirkan 9 kebaikan yg ade pada diri mereka dan elakan diri kita daripada memikirkan 1 kesalahan yg dilakukan...moga ukhwah lebih terjaga
HEQEMI SAID:"Moga setiap kesalahan itu ibarat tertulis di atas pasir, ditiup angin lalu mahupun dibawa ombak biru. Moga setiap kebaikan seperti dipahat di atas batu, dan kekal terus dikenang selalu".
apepun sy sentiase sygkan awk..intan yg saya miliki selama 4 thn tdk mungkin sy lepaskan..
moga kilauan itu bersemi di dlm hdp ini.
pSp: insyaAllah, moga Dia selalu mengingatkan hambaNya yang mudah lupa.
Haqemi: =)
Post a Comment