::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Jul 15, 2010

Dunia Sebenar : Kerjaya


~Inilah realiti dunia sebenar...~

Dua minggu sudah saya berkhidmat di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Memang agak mencabar. Hidup di tempat baru dan bekerja di tempat baru. Rakan-rakan sekerja dan 'housemate' yang baru.

Bukan mudah menjadi pedagang. Hanya Allah tempat bergantung. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala isi hati.

Bekerja tidak sama seperti zaman belajar mahupun sewaktu 'posting nursing management' dulu. Terasa sangat asing.

Kini, segala kepahitan perlu ditelan sendiri. Saya amat rindu sahabat-sahabat saya. Yang punya sama fikrah dan pemikiran. Yang sama-sama berkongsi suka dan duka. Yang sama-sama mampu tertawa biarpun kepenatan sepanjang hari selepas praktikal di hospital mahupun selepas dimarahi di wad. Saya rindu saat-saat itu.

Rasa menjadi sangat pendiam di sini. Mungkin itu lebih baik daripada banyak berkata-kata. Peristiwa ini mengingatkan saya kepada seorang 'houseman' yang masih saya ingat lagi namanya ketika sesi praktikal Tahun 1 di UIAM dulu. Dia sangat pendiam, hatta dengan 'colleagues', jururawat dan pesakit. Hingga saya pernah tertanya-tanya; 'Dia ni memang tak nak cakap dengan orang ke?'
Mungkin disebabkan saya selalu membantunya dan menjadi 'chaperone'nya, maka satu hari dia bertanya:
"Best ke belajar nursing?"
"Okay." Jawab saya dengan riang gembira.
"Saya rasa saya nak berhenti." katanya.
Dan perbualan kami bersambung mendengarkam luahan rasanya sehinggalah ada staf lain yang masuk dan menyebabkan perbualan kami terhenti. 

Dalam hati saya, saya berharap hingga kini dia masih lagi seorang doktor.

Tetapi, mungkin pada saat ini, saya pula baru merasai apa yang dirasa. Cuma bezanya saya masih mampu melayan pesakit saya.

Saya berdoa agar saya masih lagi diberi kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan kerja ini sebagai ibadah saya sebagai hamba. Setiap hari saya berdoa seperti itu. Apatah lagi menjadi jururawat lepasan ijazah, tidak semua suka kehadiran kita. Di mana-mana jua mungkin seperti itu. Saya mohon agar Allah memberi kekuatan kepada saya untuk beberapa ketika. Kerana saya tetap ingin mencapai apa yang saya impikan. Dan semoga redhaNya sentiasa bersama saya di jalan ini.


~Berhadapan dengan realiti yang memahitkan perlu antidot dari Tuhan, kerana hanya Dia pemilik dan pemegang hati ini~

6 comments:

Zatul Iffah Fakharuldin on July 15, 2010 at 6:49 PM said...

bestnye jd nurse or DOCTOR

pSp on July 15, 2010 at 10:28 PM said...

aku ingt aku seorg jea seksa dgn kehidupan kat tmpt baru nie...tgk ko mcm rilek jea

humm on July 15, 2010 at 11:04 PM said...

semoga awak n jadul terus tabah di sana. huhu

Raudhatul Nadwah on July 15, 2010 at 11:28 PM said...

Lazy BUM: jadi apa2 pun best... yg penting minat dn redha-Nya =)

pSp: muka rilek? luaran je tu... tp dlm hati berkocak2... takpela, sama2 lah terseksa kjp, (hope akn berakhr, insyaAllah).

humm: hummy, syukran. =)

halawatul iman on July 17, 2010 at 12:10 PM said...

salam nad....
tahniah!dah mula kerja..
moga Allah sentiasa bantu dlm setiap urusan..

selamat terjun ke medan amal!

IAMZAILIEN on December 15, 2010 at 3:22 AM said...

sentiasa sabar dalam pekerjaan dan ikhlas.yg penting jangan berprasangka buruk

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino