::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Jun 18, 2010

Klinikal 'Posting' Terakhir



~Apabila tengok posting Khamisah tentang paediatrik, seperti menarik rindu ke sana semula.~

Kali pertama dapat tahu kena buat clinical replacement paediatrik, rata-ratanya semua mengeluh. Sebab jumlah minggu clinical posting dah lebih dari jumlah maksimum yang dikehendaki Lembaga Jururawat Malaysia.

Tetapi sebenarnya, bila dah duduk dalam wad paeds, rasa bahagia sangat. Mungkin ini wad yang saya paling suka selama ni.

Mungkin kerana kanak-kanak suci dari dosa, dikelilingi mereka ni rasa bahagia. Walaupun, susah nak buat prosedur dan kena pujuk betul-betul untuk teruskan rawatan. Memang sangat comel.

Posting kali ni, saya dan group saya bersama Kak Mar, Kak Am, Kak Lin, Syazana dan Hasan, bergabung dengan group Hidayah, Khamisah, Sakinah, Alia, Jadul, Zeeniroh di HoSHAS.

It just like that you can feel the love environment around you in paediatric ward.

Mungkin ada juga yang tak biasa dengan kanak-kanak, tetapi di wad ni lah tempatnya kalau nak biasakan diri. Teringat seorang houseman yang macam inferiority complex je bila tengok kita communicate dengan kanak-kanak. Waktu tu dia pun nampak macam garang. Tetapi, jika kita mahu, kita boleh belajar. Dan hari-hari seterusnya nampak ada kemajuan houseman tu untuk mesra dengan pesakit kat situ.

It is never too late to learn.

Dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan pelbagai manusia dalam kehidupan. Dan paling membahagiakan adalah kita dapat meninggalkan sesuatu dalam kehidupan insan lain atau dalam kehidupan kita sendiri sebagai pengajaran dan bekalan.

~Masih belum terlambat untuk belajar tentang kebaikan dan mengamalkannya dalam kehidupan.~

5 comments:

humm on June 18, 2010 at 3:51 PM said...

hihi. i remember dat houseman! memang takleh lupa 'ayat2 over' dia. hahahaha. naddy! mmg seronok satu ward ngan awak. tapi skrg, offended sgt ngan awak!(dapat keje awal n now, viva?) huhuhuhu. neway, all the very best, dear. i'm HAPPY for u. syg awak sgt2!

p/s: sooo in luv with ur vid. sgt terharu. ^_^ bangga ada groupmate cam awk. hihi

Raudhatul Nadwah on June 18, 2010 at 4:09 PM said...

~hihi.. thanks humm. ada yg awk 'ada' n kita takde. nway, ade hikmhnye tu.. (viva tu bkn nk beli skng pun la). Em, nway, blh assume 'ayat-ayat' houseman tu as an effort dia 4 commnctn skill... huhu.

pSp on June 18, 2010 at 6:21 PM said...

wow...punggung aku x pernah rase lg kusyen viva...

pSp on June 18, 2010 at 6:22 PM said...
This comment has been removed by the author.
Raudhatul Nadwah on June 19, 2010 at 6:28 PM said...

psp: jadul, aku lom beli lg. x tau bila. nak rs kusyen viva, leh test drive kt perodua, hehehe.

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino