~Kita tidak pilih bagaimana kita dilahirkan dan dengan siapa kita dibesarkan tetapi kita boleh pilih bagaimana kita menjalani kehidupan ini~
Saya dilahirkan di Malaysia, dibesarkan di Malaysia dan tidak pernah keluar daripada Malaysia apatah bermastautin di luar negara.
~Dilahirkan sebagai Muslim dengan nikmat Iman dan Islam bukan hanya sekadar anugerah tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah yang sering kita lupakan~ |
Saya tiada masalah hidup berbilang kaum dan agama semenjak kecil walaupun membesar di kampung. Sebab saya sendiri pun bukan 100% berketurunan Melayu asli (Melayu asli iaitu tiada campuran dengan bangsa lain untuk 3 keturunan - menurut Prof Dr Mat Rofa).
Sewaktu kecil saya sudah biasa ke kedai runcit Uncle Ah Kau mahupun ke kedai Uncle Kanna membeli barang basah bersama nenek.
Apabila balik daripada asrama sekolah menengah, saya perlu membonceng di belakang Uncle Ah Kau daripada pekan untuk masuk ke kampung yang jaraknya hampir 5km.
"Uncle, boleh hantar masuk tak?"
Sewaktu itu caj RM3 untuk satu hala penghantaran. Kalau zaman sekarang, orang panggil Grab atau Uber. Dulu-dulu istilahnya 'prebet sapu'. Mungkinkah prebet itu sebenarnya private?
Waktu tayar motosikal kurang angin, saya akan ke kedai Uncle Ah Fat. Beliaulah yang tolong pam tayar tersebut.
Memang takde rasa malu-malu kucing di kejiranan ini. Itulah sebahagian kehidupan saya membesar.
Kalau pergi ke kedai Uncle Kanna, loghat noghorinya mengalahkan saya.
"Nak boli apo?"
"Beghapo kilo nak?"
Kadang-kadang rindu menggamit untuk melalui memori keharmonian itu.
Namun, di sekolah kebangsaan saya hanya mengenali satu dua sahaja pelajar berlainan bangsa. Di sekolah menengah, cuma rapat dengan seorang pelajar bukan Melayu kerana beliau adik dorm saya.
Guru saya di sekolah kebangsaan iaitu Mr. Foo Wee Sim juga adalah antara guru yang paling saya ingati dan sanjungi. Motivasi awal saya untuk minat dalam pelajaran Bahasa Inggeris. Mungkinkah juga ada chemistry kerana nama salasilah keluarga kami yang sama iaitu Foo?
Apapun, Allah cipta manusia berlainan bangsa dan suku kaum supaya kita berkenal-kenalan. Kita semuakan asal daripada Nabi Adam. Daripada moyang yang sama.Kita tidak pilih bagaimana kita dilahirkan dan dengan siapa kita dibesarkan.
Selamat Hari Malaysia
Lama sudah sebenarnya nak menaip entri ini. Namun, banyak hal perlu diuruskan.
Selamat Hari Malaysia dan Pasca Hari Merdeka buat rakyat Malaysia. Semoga Allah beri keamanan agar kita bebas melakukan amal ibadah kepadaNya, aman tanpa ada sengketa, berpesan-pesan pada kebaikan dan kesabaran.
3 comments:
Assalamualaikum Naddy,
Saya pun anak Malaysia. Samalah , kalau nak kira melayu bukannya asli sangat, menurut arwah ming ada juga darah India dan China mengalir di sebelah datuk.
Bangsa itu cuka cara hidup, bagaimana kita dibesarkan, adat resam. Namun tidak mengubah warna darah seseorang pun hehe..
Kak Lin deactivate jap FB. Banyak sangat benda di facebook yang negative untuk dibaca. rajin rajinlah tulis blog kita buat macam dulu dulu nak? Harap Kak lin punya blog kekal kalini hahahaha...
Waalaikumsalam kak lin.
Setuju kak lin. Baru tau kak Lin banyak darah campuran.
Facebook pun kita baca sekejap saja kak Lin. Just untuk ambil tahu saja. InsyaAllah lebih selesa blog sebagai tempat untuk menulis. Tidak memaksa sesiapa untuk membaca. Jika bermanfaat untuk orang lain, Alhamdulillah.
Jom kak lin, kita berblog lagi.
Naddy, akak lupa nak letak link blog baru hahaha.. thestoryofelin.blogspot.com
Nanti mai singgah ya blog baru perabot pun takde lagi kikiki...
Kak Lin mula berblog Ting sebab Naddy lah. InsyaAllah akan kekal berblog lama kali ini. Betul, blog kita tak paksa orang baca, dan tidak kisah jika tiada response. FB jika krik krik mesti terselit di sudut hati walau sekelumit rasa kecewa hahaha...
Tapi akak ni blogging omputih. Ala macam dulu dulu haha.. sebab nak practice balik.
okay nanti kak Lin datang lagi selongkar blog Naddy kikiki...
Post a Comment