Setiap kali saya membuka tingkap bilik yang menghadap pokok-pokok buah dan tanam-tanaman, saya lihat tanah yang kami gambuskan tidak jauh dari pokok pisang itu.
Di tanah itulah kami kebumikan "baby kecil" kami. Masih dalam kantungnya lagi tetapi dapat dilihat dengan jelas oleh Ummi dan Abi ketika diselubungi kantungnya itu.
Walaupun proses menguburkannya tidak perlu sempurna kerana masih dalam fasa 'alaqah', Ummi balutkan juga "baby kecil" dengan kain putih. (Boleh rujuk: https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/889-al-kafi-602-bagaimana-pengurusan-jenazah-janin-yang-gugur)
Ummi letak juga wangian kegemaran Ummi, wangian kasturi pada kain itu.
Alhamdulillah Allah bagi rasa sekejap 8 minggu dia di dalam rahim ini. Allah bagi peluang juga Ummi dengar degupan jantung "baby kecil" di bilik doktor hari tu.
Allah bagi Ummi rasa perasaan orang lain bagaimana di kasut orang lain yang pernah keguguran dan kehilangan. Rakan dan jiran-jiran terdekat di sini juga pernah kehilangan. Ummi dengar khabar mereka. Kali ini, Allah izin Ummi merasainya sendiri.
~Hadirnya suka dan duka pasti ada hikmahnya~ |
Nikmat Itu Hanya Pinjaman
Pada bulan Ramadhan ini, terasa nikmat berganda Allah bagi.
Beribadah bersama keluarga di rumah , dan ditemani rasa bahagia bersama anggota rumah baru di dalam perut.
Biasanya apabila hamilkan anak-anak yang lain juga ada morning sickness tetapi alhamdulillah tidak sehebat mana. Tetapi kandungan ketiga kali ini, rasa penat atau fatigue itu memang tidak dapat disanggah lagi.
Kadang-kadang keliru antara penat berpuasa atau penat menyediakan ruang dan bekalan untuk si kecil di dalam perut. Lebih-lebih lagi bila solat terawih, mudah sangat mata ni terlelap.
Di hujung Ramadhan memang nak slowkan aktiviti di dapur sebab nak lebihkan tumpuan pada Ramadhan yang datang sekali setahun.
Allah lebih tahu. Memang lebih kurang sepuluh hari sebelum Syawal, badan rasa terover letih. Perut cramping semakin menjadi-jadi walaupun tidak hebat. Rasa sikit-sikit sakit perut dan sakit belakang tetapi hilang bila dapat baring di katil. Cuma kekerapan sakit itu saja yang bertambah.
Syawal Yang Sayu
Genap seminggu bleeding bermula 30 Ramadhan. Allah lebih tahu apa yang terbaik.
Masih boleh tahan rasa sakit apabila mengeluarkan "baby kecil" sebelum Subuh itu. Tapi mudah, Alhamdulillah.
Malam sebelum tidur sewaktu sakit cramping datang, alunan Surah Maryam Ummi buka. Dengan niat semoga Allah permudahkan. Waktu tu nak baca Surah Maryam pun tak mampu, hanya mampu dengar saja.
"If the baby is healthy, the baby will survive". Itulah yang Ummi faham dan Ummi mohon Allah permudahkan segalanya.
Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
Sewaktu pertama kali bleeding dan habis sesi di klinik pakar, tiga kali Abi tanya pada Ummi, "Ummi sedih?"
Jadi, Ummi katakan pada Abi, "Kalau baby sihat, insyaAllah baby akan survive. Tapi kalau dia tak sihat, Ummi redha."
💕💕💕
Alhamdulillah, setelah itu, Khubaib dan Fathimah pun faham yang "baby kecil" dalam perut Ummi dah tiada. Kami dah tanam "baby kecil" di sana, di kaki bukit halaman sebelah rumah.
Ummi katakan dengan Fathimah dan Khubaib hari tu "nanti kita tanam pokok sebelah "baby kecil", insyaAllah dan kita akan siram pokok sama-sama. "
Cukuplah rentetan Ramadhan dan Syawal 1441 Hijrah ini jadi kenangan terindah dan memori sayu yang terpahat di lubuk hati untuk Ummi.
~Dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali~
0 comments:
Post a Comment