Ha, pernah dengar tak ayat ni? Pengalaman hidup sendiri, orang lain atau dalam drama di TV?
Erm, apa benda pula Introvert dan ekstrovert ni?
Introvert, Ekstrovert, Ambivert.
Istilah-istilah ni adalah istilah dalam ilmu psikologi. Diperkenalkan oleh seorang pakar psikologi/psikiatri bernama Carl Jung pada tahun 1921 dulu.
Personaliti Introvert:
- Lebih pasif
- Simpan perasaannya sendiri.
- Lebih bertimbang rasa
- Selesa berada dalam kumpulan kecil atau sendirian
- Recharge tenaga dengan meluangkan masa dengan diri sendiri
Personaliti Ekstrovert:
- Mempunyai kemahiran bersosial / berinteraksi yang baik
- Yakin diri
- Ceria
- Sukakan perhatian
- Recharge diri dengan berinteraksi, perkara yang mengujakan
Tak ada orang dalam dunia ni 100% Introvert, atau 100% Ekstrovert. Maksudnya tak ada siapa pun di dunia ini yang boleh hidup seorang diri selamanya atau sentiasa ada energy untuk ceria bersosial selamanya. Yang ada manusia dominan ekstrovert, atau manusia dominan introvert.
Dan kerana itu Allah memberi penekanan untuk kita menyantuni manusia lain, dalam pada masa yang sama, ada masa kita recharge hubungan one-to-one kita dengan Tuhan. Dan ada masa kita perlu muhasabah diri sendiri.
Personaliti Ambivert:
- Secara teorinya, personaliti ini ada elemen Introvert dan ekstrovert yang setara atau hampir setara.
Introvert, Ekstrovert dan Ambivert dalam Satu Keluarga
Ada ahli keluarga kita yang pemalu. Ada yang suka luahkan perasaan. Ada yang suka dengar lagu kuat-kuat. Ada yang suka menyakat. Ada yang suka menyendiri. Ada yang suka pergi kenduri (ha, saya lah tu). Ada yang paling tak minat pergi jamuan keramaian.
Daripada ibu ayah yang sama, tapi kita berbeza.
"Aku tak boleh brain betullah kenapa engkau ni tak boleh fikir macam aku fikir."
Hehe.
Kalau tak boleh brain, kita cari ilmu untuk di'brain'kan, ye tak?
Teori Myers Briggs
Daripada teori Carl Jung ni tadi, Katherine Cook Briggs seorang ibu, dan anaknya Isabel Briggs Myers mengembangkan lagi teori ni sewaktu ibu ni nak jumpa menantu dia dan ahli keluarga sebelah menantu lelaki, dan mereka buat pemerhatian atas kelainan personaliti mereka. Lepas itu, kerja-kerja mereka ni dikembangkan lagi oleh pengkaji-pengkaji selepas itu.
Hasilnya, ada 16 personaliti besar dalam teori Myers Briggs. Termasuklah cara proses berfikir (cognitive processes) yang berbeza di antara setiap personaliti.
Dan kalau kita rasa kenapa orang ni tak boleh fikir macam kita fikir, atau tak boleh respon macam kita respon, atau tak sensitif macam kita rasa, maksudnya personaliti kita dan dia berbeza.
Aplikasikan Ilmu Personaliti Jadi Ibadah
Samada kita sebagai ibu bapa, sebagai guru, rakan sekerja, majikan, atau kesimpulannya manusia yang sentiasa perlu berinteraksi dengan manusia lain, ingatlah bahawa Allah ciptakan kita ini berbeza dan Allah suruh kita saling kenal mengenali antara satu sama lain, supaya kita rasa sayang sesama kita (bukan asyik benci dan beza membezakan).
Salah satu laman web yang boleh test diri sendiri, boleh test anda yang mana di sini: https://www.16personalities.com/free-personality-test
Dan kalau minat tengok video, boleh tengok video Frank James untuk menimba ilmu 16 personaliti secara santai 😎.
Sekian, daripada saya seorang INFJ (teorinya Ambivert, yang masih belajar kenal diri dan orang lain) yang (secara teorinya) personaliti yang jarang dijumpai dalam populasi.
2 comments:
Lama akak tak baca pasal personaliti ni. Iya, usah dibanding-banding. Ada suatu hari akak pergi khursus masa meniaga satu brand mlm ni, dia buat ujian pilihan corak dan binatang yang dipilih. Bila akak pilih dua binatang dia tak bagi. Sebab dia fikir personaliti ni ada 5 jenis je dan tak boleh overlap. Terus rasa stress tak nak dengar haha..
It's ok kak Lin. Rasanya, yang buat test tu kena buat kajian kenapa ada orang pilih macam kak Lin. Namanya pun teori, dia boleh test validity lagi tu. Hehe..
Post a Comment