Macam nak panjat Gunung Kinabalu tanpa ada guider, agaknya macamana rasanya ye?
Coaching one to one dalam sesi istimewa dengan my mentor hampir berminggu-minggu yang lalu, masih terkesan lagi hingga kini. Walaupun tengah bercakap tu cuba tahan air mata daripada menitis, tapi ia terus mengalir tanpa dipinta. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang cepat-cepat bagi tisu. Tak tahu bila last nangis depan orang macam tu. Lower down your guards and expressing your feelings and challenges adalah bukan sesuatu yang seorang introvert mudah untuk lakukan.
Saya simpan hingga kini dan insya Allah sampai bila-bila:
"NADIAH, FOKUS PADA BENDA-BENDA BEST DALAM HIDUP."
Allahu, gratitude.
Terlalu banyak nikmat yang best untuk disyukuri dalam hidup ini.
Terlalu banyak perkara best yang boleh ingatkan saya untuk terus produktif sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya yang masih banyak amanah dan tanggungjawab.
Saya faham bila emosi negatif ambil alih akan menyebabkan diri saya overwhelm dan lari daripada fokus, walhal kerja-kerja masih banyak untuk dilakukan.
Perkongsian hadith tentang 'berterus terang memberikan ketenangan' daripada mentor saya dalam kelas malam kami sebagai anak murid 2 minggu lepas, bukan sahaja perlu dalam tesis tapi juga dalam kehidupan ini. (Maaf tak ingat bahasa arab hadith tu).
~Terima kasih pada doa guru saya, Dr Roket: "Nadiah, insan kecil yang berjiwa besar," Ameen, insya Allah.~
Life goes on, perlu capai target insya Allah untuk siapkan data collection PhD saya tahun ini.
Semoga Allah permudahkan PhD ini untuk ummah 💖.
Update:
Kepada sesiapa sahaja di luar sana, yang nak rasa journey Master Phd seperti journey saya atau sahabat-sahabat dengan 'coach' yang sama yang telah Viva dan serta beberapa orang lagi yang telah dapat pelbagai anugerah termasuk Tesis Cemerlang, saya sarankan anda untuk jumpa kami di Program Postgraduate Transformation Program (PTP) Oktober 2024, bertempat di Shah Alam, Selangor, ini di link ini. 'Sesi Klinik' untuk cabaran tesis anda juga disediakan.

Jom!
0 comments:
Post a Comment