~Syukurlah!~
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”
[Surah Ibrahim: ayat 7]
Nak menguruskan anak-anak zaman sekarang dengan adanya telefon bimbit, komputer dan seangkatan dengannya ni bukan mudah.
Apapun Ummi bersyukur sebab pilihan Ummi menjadi suri rumah boleh pantau anak-anak, boleh jemput, atau hantar anak-anak ke sekolah, boleh pergi bila-bila masa ke sekolah anak-anak jika diperlukan.
Ummi dulu, Ummi ada nenek biasanya yang teman ke sekolah rendah jika perlu.
Waktu anak-anak nak hadapi peperiksaan, Ummi bersyukur boleh cek peralatan sekolah anak-anak, boleh ulangkaji dengan anak-anak.
Tahun lepas Ummi guna latihan dalam internet dan Ummi download, printkan, untuk anak-nak buat latihan. Bab sirah pula ajak-anak-anak tengok kat youtube sekejap melalui skrin TV (sirah Nabi tu dalam bentuk animasi).
Tahun ini Ummi tukar sikit strategi. Selain print latihan daripada internet, Ummi guna aplikasi Kahoot! buat kuiz ikut silibus yang masuk ujian supaya mereka rasa seronok nak ulang kaji.
Setelah memulakan kerjaya sebagai Stay At-Home-Mom (SAHM) dan Work-At-Home-Mom (WAHM) ni, memang hati jika disuruh untuk full-time bekerja di pejabat macam kalau boleh tak mahu. Rasa seronok anak-anak membesar depan mata, tak pening nak minta cuti apabila anak tidak sihat, tidak rasa ralat kalau nak keluar pergi sekolah anak sebab jadual semua Ummi atur sendiri. Yang penting kerja tetap berjalan.
Throwback Menguruskan Anak-Anak Murid Nak Periksa Besar!
Dulu-dulu Ummi seronok jadi guru di kalangan anak-anak murid Ummi. Jadi koordinator peperiksaan sekaligus bertanggungjawab memastikan pelajar lulus 100% peperiksaan kejururawatan. Aturkan subjek yang perlu diajar, siapa dan bila nak diajar, kumpul soalan-soalan tahun-tahun lepas bagi pelajar, buat ulangkaji soalan, buat ujian percubaan dan ulangkaji semula. Macam-macam strategi nak fikir dan nak dibuat untuk bantu anak-anak murid untuk jadi jururawat berlesen. Bertahun-tahun Ummi sandang jawatan koordinator peperiksaan tu. Dan semua ini berlaku biasanya dalam tempoh berbulan-bulan sebelum para pelajar menghadapi Hari Peperiksaan yang sebenar.
Alat tulis pelajar pada hari peperiksaan, termasuk sarapan pun kena fikirkan. Itu belum termasuk pengurusan pengawas peperiksaan yang biasanya orang-orang besar dalam bidang kejururawatan yang berkunjung bermula daripada urusan perjalanan pergi dan balik, dan penginapan.
Apabila kerja Ummi ni terpaksa bercuti je, tentu semua gelabah cari Ummi. Haha. Contoh cuti sebab Khubaib masuk hospital 5 hari dulu, Allahu, hati pun tak tenang.
Alhamdulillah, ujian pertengahan tahun ini anak-anak direzekikan cemerlang lagi di sekolah Tahfiz sebab ada ujian. Syukur pada-Nya semua subjek A. Paling tak sangka Fathimah yang pemalu dapat tempat pertama dalam hafazan Tahap 1 (kategori campuran). Itulah komen sekolah pagi dan petang daripada cikgu-cikgu, kalau Fathimah ni dia ok semua cuma dia pemalu. Susah nak angkat tangan. Jawab bila ditanya je. Dia duduk tempat dia je, buat hal sendiri.
Haha.
Ummi dia dulu pun macam tu juga. Garang dia ni pun macam Ummi dia juga. Nampak je kecik tu. Hu.
Ekspektasi
Ummi pun sebenarnya susah hati apabila melihat cikgu-cikgu beri harapan terlalu tinggi (expectation) kepada anak-anak.
Contohnya, apabila ibu kawan sekelas Khubaib yang telah menjadi kawan Ummi, memaklumkan kepada Ummi diberitahu oleh cikgu, yang Khubaib ni bijaknya ajaib.
Sebab bagi Ummi anak-anak ni biasa je. Mungkin mereka belum jumpa gandingan-gandingan yang lebih hebat lagi di luar sana. Apapun, semuanya dengan izin Allah jua.
Ummi dulu pun selalu pandang tinggi sahabat-sahabat yang kelas nombor satu di sekolah sendiri, dan mereka yang bersekolah-sekolah hebat daripada kalangan sekolah berasrama penuh. Alhamdulillah, dapat pengalaman berjumpa, berkenalan dan bersahabat dengan mereka daripada sekolah-sekolah Kolej Tunku Khursiah, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Kolej Islam Sultan Alam Shah antaranya melalui pertandingan-pertandingan. (Dulu-dulu, sekolah-sekolah SBP ni lah antara sekolah-sekolah yang ranking tinggi.)
Dan tidak kisahlah sekolah mana pun samada sekolah berasrama penuh atau tidak, yang mana kita dapat duduk semeja dan berbicara lama tu biasanya perasan mereka ni ada vibe yang sama antara kami dan mereka, iaitu ceria dan tenang. Orang Melayu kata 'boleh ngam'.
Yelah, ada juga yang satu sekolah pun, kita tak dapat sama vibe macam tu.
Hatta, zaman matrik dulu pun, Ummi selalu je larikan diri daripada geng-geng "pandai" ni. Tapi selalu je dicari. Macam magnet.
"Awak, saya nak jalan dengan awak boleh?"
"Awak, nak pergi makan kat kafe ke? Saya nak makan sama, boleh?"
"Saya duduk sini dengan awak, boleh?"
Tulah antara situasi daripada tiga orang yang berbeza di tempat yang berbeza waktu Ummi di matrikulasi. Semuanya kemudian menjadi circle sahabat Ummi di matrikulasi.
Apapun siapa kita dan di mana kita berada pada masa lalu, masa sekarang, dan masa depan, mungkin disebabkan oleh doa ibu bapa kita, doa orang-orang sekeliling kita, usaha kita, dan paling penting semuanya terjadi dengan izin Allah s.w.t.
~Kita kumpul renungan kita di sini~ |
Dan selalu Ummi pesan pada anak-anak: 'Setiap kelebihan yang Allah bagi pada kita ni adalah AMANAH dan akan dipertanggungjawabkan. Kalau tak syukur, Allah bagi orang lain.'
Dan Surah Ibrahim ayat 7 di atas lah yang Ummi akan selalu ulang kat mereka.
~Itulah yang selalu Ummi nasihatkan. Nasihat diri sendiri, dan juga anak-anak. Muhasabah pasca minggu interaksi.~
0 comments:
Post a Comment