~Hanya Allah yang Maha Tahu~
(1)
Kata rakan saya, akhir-akhir ini saya asyik termenung. Ya, ramai pelajar-pelajar tahun akhir juga sudah banyak yang termenung.
Ramai yang sudah menghantar resume, cuma saya saja yang baru nak menghantarnya. Hanya sudah menyiapkan resume yang diisi di laman jobstreet saja. Baru tadi, saya hendak memohon kerja untuk ke Timur Tengah. Mana tahu, jika ada rezeki di sana.
Saya bertanyakan pendapat sahabat saya.
"Awak, awak nak pergi seorang?" soalannya buat saya terkejut.
"Tak. Ajak Puteri (bukan nama sebenar) sekali."
"Awak tak kahwin lagi, nak pergi?"
"Tak boleh ke?"
Setelah beberapa minit perbahasan berlangsung, nampaknya permohonan itu saya tangguhkan buat sementara waktu. Akan saya fikir-fikirkan selepas ini.
(2)
Selepas habis menjawab kertas peperiksaan yang kedua, saya dan 2 orang sahabat saya makan bersama. Kemudian, kami bercerita tentang perancangan yang kami selepas graduasi ini.
Saya banyak mendengar, sebab saya mungkin ada cita-cita tetapi cita-cita ini perlu ada banyak pelan A, B dan C nya; perancangan apabila sudah berkeluarga atau perancangan ketika masih single.
Di fasa akhir, saya menyuarakan keinginan dan hala tuju saya ini. Kemudian, balas sahabat saya;
"Naddy kena tunggu ada suami dulu kot. Mana tau kalau minat suami lain pulak."
Saya diam kembali. Menarik nafas panjang.
*****
Ada lagi peristiwa lain yang bersangkutan dengannya, tetapi nampaknya biarlah hanya itu saja yang dapat saya coretkan. Saya sayangkan ilmu kejururawatan ini. Memang sayang. Namun, saya harus fikir panjang.
Saya mahu ada banyak masa dengan keluarga, ada masa untuk agama dan penyebarannya.
Dua tiga hari ini, saya pening-pening. Apabila malam rasa macam sesak nafas dan rasa nak muntah. Rasa macam nak keluar semua 'gastric juice' dari perut saya. Baru saya tahu, rupa-rupanya saya terlalu banyak fikir. Simptom-simptom ini saya pernah alami waktu saya di Tingkatan 5 dulu.
Ya, saya fikir sekarang saya usaha minta kerja mana-mana dahulu, jika di mana Allah tetapkan rezeki untuk saya selagi mana ia halal dan sesuai bagi saya sebagai seorang Muslimah, insyaAllah, saya akan terima.
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.(Al-Insyirah; 94:5-6)
4 comments:
bole rujuk surah baqarah ayat 216..
walaupun surah tntg perang tetapi implikasinya sebenarnya dlm membuat keputusan...
Moga ALLAH bantu akak buat keputusan...
Terima kasih, Amin.
Akak dah rujuk. Memang kadang-kadang apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Moga Allah beri petunjuk ke jalan yang terbaik.
Jkkk.
rabbi yassir wala tuassir ya karim..
(ex mufti n9 kito selalu baca ni bilo ada kesulitan..)
moga2 ALLAH membantu anda..
salam perkenalan
Terima kasih Amar, atas perkongsian.
Post a Comment