"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."(Al-Fatihah; 1:2-3)
Beberapa hari lalu, saya dengar desas-desus bahawa empangan di Kuantan akan kering. Panas terik hingga air tasik depan mahallah juga sudah nampak tebingnya.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Petang ini saya rasa seperti mahu menari-nari di atas jalan tadi.
Hujan turun lebih kurang awal pukul 5 petang. Burung-burung berkicau girang menyambut ketibaan hujan rahmat dari Tuhan. Sengaja saya biar air hujan memukul-mukul muka.
Segala puji bagi Allah.
Walaupun hujan sudah teduh, saya tahu ia sudah merupakan nikmat yang besar Allah turunkan. Bukan sahaja pada manusia, bahkan pada tumbuh-tumbuhan, flora dan fauna.
Saya gembira.
Syukur, walaupun dalam keadaan fenomena El Nino ini di mana keadaan cuaca yang luar biasa kering terjadi di negara-negara tropika seperti di Malaysia, Allah masih turunkan hujan rahmat pada kita.
Semalam saya sedang praktikal di hospital pada waktu pagi, hujan yang turun tidak sampai seminit itu amat disyukuri oleh ramai manusia amnya.
"Alhamdulillah!" itulah ucapan yang saya dengar juga dari pesakit-pesakit di wad semalam.
Segala puji bagi Allah. Hari ini Allah beri lagi hujan yang turunnya mungkin tidak sampai sejam tetapi cukup menjadi rahmat buat hamba-hamba-Nya.
Apakah itu tanda Allah tidak sayangkan kita?
Ketahuilah bahawa Allah amat sayangkan hamba-hamba-Nya.
Bukankah seharusnya kita bersyukur?
~Allah sentiasa merindui hamba-hamba-Nya untuk kembali pada-Nya~
2 comments:
Salam,
Ye ke. Tadi tertido dgn nyenyaknya. Tak baik betul tido petang. Tapi td tak larat sgt lah naddy. Berat bawak perut. Baru tau rasenyer mengandung sambil berkerja. Tu baru posting huhu...
Salam. Kak lin, tabahnya jadi 'pregnant nurse' ni kan... Nanti kena cakap selalau kat baby jadi anak soleh sebab ummi dia penat jalan ke sana ke mari bawa dia. =) Moga Allah yang dpt m'balas jasamu.
Post a Comment