Imam Bukhari berkata;
Telah tertulis dari Abdul Rahman bin 'Auf r.a, dia berkata; aku mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda:
"Allah s.w.t berfirman, Aku adalah Allah. Aku Maha Pengasih. Aku ciptakan Rahim dan Aku ambil untuknya nama dari-Ku. Siapa menghubunginya, Aku akan menghubunginya. Tapi siapa memutuskannya, Aku pun memutuskannya."
"Janganlah menjadi orang yang berpendirian: jika orang berbuat baik kepadaku, aku berbaik-baik padanya. Jikan mereka menzalimiku, aku pun akan menzaliminya.Tetapi berpendirianlah: jika orang berbuat baik, kamu juga berbuat baik. Jika mereka berbuat buruk, jangan kau zalimi mereka."
(H.R Tarmizi)
Dirawikan oleh Imam Ahmad:
"Siapa diberi rasa 'penyayang', maka ia telah diberi kebaikan dunia dan Akhirat, kebaikan silaturrahim, berjiran dan berbudi pekerti hingga kampung ini bertambah indah."
Petikan dari: Mukasyafatul Qulub (Penawar Jiwa) -Imam Al-Ghazali-
~Penuhilah hati dengan kasih dan sayang kerana Allah seperti bekas-bekas hati yang sentiasa menadah redha Allah. Nescaya ia akan terpancar ke wajah~
2 comments:
bagaimana pula jika ada yang menjadikan silaturrahim sebagai asas untuk mereka menjalinkan hubungan terlarang, contohnya suami orang dengan isteri orang..mereka kenal, bekerja bersama-sama dan meneruskan hubungan mereka walaupun diketahui oleh pasangan masing-masing atas dasar SILATURRAHIM..
Assalamualaikum, terima kasih sudi singgah di laman ini. Hubungan dengan keimanan itu tidak bercampur dengan hubungan yang terlarang disebabkan hawa nafsu.
Kerana taat dan maksiat itu tidak akan bercampur ibarat air dan minyak.
Kerana itu dalam pergaulan juga ada batasan. Insya Allah, secebis pandangan : http://raudhatulnadwah.blogspot.com/2009/10/hubungan-dengan-sempadan.html
Post a Comment