::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Aug 16, 2023

Tribute Untuk Anak-Anak Murid Kelas Ummi


~Semoga Allah pertemukan kita semua di Syurga nanti~

Beberapa hari lepas, saya menerima perkhabaran di grup whatsapp saya umminadiah'schildren tentang salah seorang anak murid yang dimasukkan ke wad. Grup yang dibuat oleh bekas anak-anak murid semasa saya mengajar di INSTEDT, dan nama grup tersebut bukan saya yang bagi. 

Saya dilantik menjadi Penasihat Akademik mereka iaitu salah satu kelas batch pelajar pada tahun itu. Uruskan akademik, pendaftaran subjek, program kokurikulum pelajar sehinggalah masalah hati ke hati pun cikgu dia ini yang uruskan. 

Kelas saya jaga pelajarnya tidak sampai 30 orang, dan biasalah macam-macam cerita daripada  mereka tahun 1 sampailah graduasi. Hingga sekarang pun cikgunya ni masih tinjau-tinjau khabar mereka di grup whatsapp. Terharu juga. Sebab biasanya bekas pelajar buat grup jarang lah invite cikgunya masuk sekalikan.

Terima kasih semua. 
......

Daripada keseluruhan pelajar ini, salah seorangnya telah meninggalkan kami malam berakhirnya jamuan graduasi. 

Allah izin malam tu saya dan sahabat-sahabat sekerja satu kereta tersesat ke tempat lain. Hotelnya di Pasir Gudang tapi kami dah tersesat sampai ke Johor Bahru. Sebab nama hotelnya hampir sama. Sampailah kami tak sempat pergi ke sana. Dan saya juga tak sempat nak jumpa Almarhum Norhafizah, seorang anak murid yang sangat baik dan lemah lembut tutur katanya. 

Saya ada ramai anak-anak murid yang baik. Salah seorangnya Allah telah panggil kembali hari ini. Salah seorang anak murid yang concern. Sampai tengok kasut cikgunya yang dah buruk ni pun suruh beli baru. Ada satu ilmu yang Almarhum ajar saya ketika beliau dengar ceramah di masjid. Dan siap minta lukis di papan putih untuk ajar sekali kawan-kawan. Senang untuk saya berurusan dengannya sebab biasanya dia menjadi ketua kelas. Dah jadi suami dan ayah dah.  

Ya Allah ampunilah, rahmatillah, dan berilah kesejahteraan kepada Almarhum Mohd Taufiq bin Sazali, dan maafkanlah dia. 

Salam takziah kepada keluarga Almarhum. Semoga Allah berikan ketabahan kepada isteri serta seluruh ahli keluarganya, dan dipermudahkan segala urusan. 

~Kita semua sedang dalam perjalanan menuju-Nya~

0 comments:

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino