~Menjadi ibu bapa memang memenatkan tetapi juga ia perjalanan yang menggembirakan~
"Saya sebenarnya nak tahu apa ye rahsia ibu bapa Fathimah didik Fathimah di rumah? Saya tanya juga Fathimah di rumah belajar macam mana. Tapi dia jawab sikit je."
Komentar cikgu yang mengajar Fathimah waktu di sekolah tahfiz dalam sesi Temu Kasih dua hari lepas (bincang tentang anak-anak di samping ambil report card. Kata beliau, Fathimah agak pantas dalam menghafaz Quran. Tak lama lagi dah boleh masuk silibus menghafaz Darjah 2.
Alhamdulillah, syukur sangat.
Sejujurnya tak ada rahsia apa pun sebagai ibu anak-anak ni nak cerita pada cikgu atau orang yang bertanya.
Ummi dia pun tak expect Fathimah dapat nombor 1 dalam kelas.
Khubaib pun sama.
"Khubaib ni sangat genius. Dia boleh hafal 30 perkara dalam masa (berapa minit entah, Ummi pun tak ingat 3 minit atau berapa lama). "
Bersungguh cikgu Khubaib di sekolah rendah bercerita sewaktu tahun lepas Ummi jumpa cikgunya.
Sebagai ibu, pertama sekali memang syukur sangat atas apa yang Allah kurniakan. Namun, bukan objektif utama Ummi membesarkan anak-anak untuk dapat nombor satu dalam kelas masing-masing.
Apa yang orang sekeliling nampak tu adalah hanya the tip of the iceberg.
Cuma Ummi dia akan annoyed apabila mereka asyik tengok cerita lagi-lagi kalau yang merepek tu atau yang bercakap kat youtube tu menggunakan perkataan yang tidak sopan. Ini biasanya khas untuk Khubaib. Sebab Fathimah lebih taat dan patuh bab mematuhi peraturan Ummi di rumah.
Parenting is a tiring and daunting task.
Waktu anak-anak umur 5, 6 tahun dulu selalu komen kenapa mereka tak dapat telefon masing-masing macam kawan-kawan atau sepupu mereka.
Bukan mudah nak yakinkan mereka yang usia mereka belum sesuai lagi. Last sekali Ummi kata, "Ok, kalau nak telefon masing-masing, Ummi akan kerja semula. Nak Ummi ke nak telefon?"
Dan lepas tu, mereka dah jarang bangkitkan perkara itu.
Apabila dah besar ini, lain pula ujiannya. Hujung minggu lepas je Khubaib memberontak dengan Ummi sebab tak nak buat latihan Matematik. Sebab sebelum tu, dia mengadu tak suka kelas Matematik banyak sangat dalam satu hari sebab tak suka topik darab yang makin susah. Sampaikan waktu pagi nak pergi sekolah nangis sebab hari tu ada 2 kelas Matematik.
Jadi, hujung minggu Ummi rancang nak bantu dia mendarab tu. But end up dia sibuk nak tengok cerita dan marah Ummi sebab suruh buat latihan, siap koyak bahagian buku latihan Matematik yang dibeli. Dan Ummi pun quite emotional lepas Ummi tahu tu, dan Ummi buang buku tu selepas tahu apa yang dia buat pada buku tu (buku tu kami beli di Popular dan bukan buku sekolah).
Ummi tahu apa yang Ummi buat tu salah. Mungkin Ummi dah burn out physically dan emotionally waktu tu, sebab Ali muntah-muntah dan cirit-birit bermula hari Khamis hingga hujung minggu lepas, dengan jadual tidur Ummi yang menjadi haru biru, di tambah lagi perlu buat banyak kerja mencuci sebab Ali asyik termuntah-muntah. Terima kasih kepada Abi yang tolong basuhkan Toto waktu malam, sambil Ummi melayan Ali.
~Menunaikan hajat anak-anak nak main playground selepas pertemuan Temu Kasih~Ummi harap Allah pandang usaha dalam mendidik anak-anak supaya jadikan mereka anak-anak yang soleh dan bermanfaat untuk ummah, dan dapat masuk Syurga yang tertinggi sama-sama.
Ummi selalu teringat Abi cerita pada Ummi tentang kawan Abi pergi haji (dah berpangkat ayah pada kami) tentang beza pendidikan ibu pada anak-anak. Berdasarkan dua kali perkahwinan beliau, katanya pendidikan ibu itu sendiri beri kesan yang berbeza kepada karakter dan pencapaian anak-anaknya (yang berlainan ibu).
Bagi Ummi, tak ada resepi rahsia untuk mendidik. Ummi pun masih banyak perlu baiki diri. Dan berbanding mengharapkan Abi yang dah penat mencari rezeki, Ummi percaya ibu adalah tonggak pertama dalam mendidik anak-anak bermula di rumah.
~Perjalanan mendidik ini masih panjang, dan akan ada lagi liku-liku cabaran di hadapan~
0 comments:
Post a Comment