Sempena mengambil vibes mereka yang bergraduasi, Alhamdulillah telah dapat tarikh Proposal Defense 2 minggu lagi. Walaupun sebenarnya dah hantar permohonan tu hujung bulan Ogos, masih tak berani nak tanya admin Kulliyyah. Sebab rasa research proposal belum habis baik siap pembetulan lagi.
Ditambah pula dengan kesibukan sebagai penulis menyiapkan manuskrip buku teks yang diketuai bekas pensyarah saya dan kolaborasi dengan pensyarah bidang perubatan, saya perlu beri prioriti kepada manuskrip sebab date line lebih awal.
Dah hantar manuskrip Isnin lepas, baru berani nak tanya admin Kulliyyah tentang status permohonan Proposal Defense samada telah diluluskan di senate meeting.
Rupanya admin pun terlepas pandang dan Alhamdulillah dah lama rupanya lulus. Lepas tu, baru lah hantar softcopy research proposal tersebut. Alhamdulillah syukur dah dapat tahu tarikh PD dan insya Allah akan melalui next milestone ini dalam journey PhD dalam masa terdekat.
Teringat kata-kata mentor saya merangkap cikgu tuisyen PhD saya, bahawa perlu seize the moment perjalanan PhD ini. Memang kita nak sampai destinasi tu dengan cepat, tapi bila dah sampai tu sekejap je sebenarnya. Ambil skrol dan pakai jubah tu sekejap je tapi yang akan kita kenang adalah perjalanan bertahun-tahun untuk naik ke pentas itu sebenarnya.
Tapi tidaklah bermaksud berlama-lama duduk dalam perjalanan ini (sampai lebih expected graduation date). Set the goals, timeline, and seize the moment setiap milestone yang kita lalui. Apa yang kita boleh rancang, kita usahakan, manakala rezeki itu daripada Allah SWT.
Hayatilah dan hargailah momen perjalanan ini, dan nikmatilah ia. Selepas selesai sesi mengambil skrol dan memakai jubah nanti, kita mulakan pula satu lagi perjalanan menuju destinasi yang baru.
Terima kasih kepada cikgu tuisyen saya Dr Roket, bukan saja untuk tesis juga untuk kehidupan.
~Be patience and seize the moment~
Update:
Kepada sesiapa sahaja di luar sana, yang nak rasa journey Master Phd seperti journey saya atau sahabat-sahabat dengan 'coach' yang sama yang telah Viva dan serta beberapa orang lagi yang telah dapat pelbagai anugerah termasuk Tesis Cemerlang, saya sarankan anda untuk jumpa kami di Program Postgraduate Transformation Program (PTP) Oktober 2024, bertempat di Shah Alam, Selangor ini di link ini. 'Sesi Klinik' untuk cabaran tesis anda juga disediakan.

Jom!
0 comments:
Post a Comment