Mungkin agak sukar untuk bentuk lukisan hati yang cantik dengan menggunakan titik-titik dakwat itu, kerana perlu sentiasa hati-hati dan penuh sabar menghasilkannya. Begitulah juga dengan diri kita ketika membentuk sepotong daging yang telah Allah beri ini. Itulah hati. Hati ini perlu dididik dan dibentuk sebaik-baiknya; perlu cermat dalam setiap tingkah laku, perlu sentiasa bermujahadah mendidik jiwa dan perlu istiqamah.
Membentuk dan mendidik hati perlukan satu usaha yang berterusan. Untuk mendapatkan yang terbaik, perlu sabar dan konsisten dalam penghasilan suatu ciptaan.
Berikan input pada hati. Biarkan ia diproses dengan bajaan iman, taqwa, rasa kehambaan dan kecintaan padaNya. Mungkin ia tak bisa terlihat pada esok harinya. Tapi bentuk hati dan jiwa yang murni akan terlihat nanti, bila ketenangan itu seolah-olah sudah berada di kerajang jiwa dan semayam hati yang memerintah diri. Pasti hati yang dibentuk itu sendiri akan menyuarakan keimanannya pada dirimu...
"Ingatlah di dalam jasad manusia itu ada sepotong daging, tatkala sepotong daging itu baik, baiklah jasad keseluruhannya dan tatkala rosak (sepotong daging itu), maka rosaklah jasad keseluruhannya. Ingatlah dia itu hati."-Hadith-
0 comments:
Post a Comment