::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Oct 24, 2010

Keep The Faith





~Fear not, cause you're not alone. Allah always be by your side~


For this,
I give my assurance to strive the best,
And to Allah I'll leave the rest.


Oct 20, 2010

Dinding Hati Bersimen Baru (2)


~Sesuatu yang payah itu apabila kita berjaya melaluinya, ia akan bertukar menjadi pengalaman manis buat diri kita~


Petang tadi taklimat bagi fasilitator untuk program motivasi pelajar-pelajar semester akhir yang akan menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia Disember ini berlangsung. Ada isi penerangan yang diberi oleh Ketua Kaunselor di tempat saya berkerja ini yang menarik perhatian saya. Isinya lebih kurang berkisar tentang entri saya yang lalu; Dinding Hati Bersimen Baru.

Kata beliau yang sudah mempunyai pengalaman 17 tahun sebagai Kaunselor di Unit Psikiatrik; apabila sesuatu keadaan telah dirosakkan, ia akan sukar diperbaiki lagi dan akan meninggalkan kesan. Analoginya adalah seperti dinding yang telah dipaku, apabila paku ditanggalkan, masih ada kesan kerosakan pada dindingnya.

Jadi, dalam sesi soal jawab, maka saya tanyakan soalan ini:

Saya: Encik A, macam mana kalau ada pelajar yang bertanya, dinding paku yang telah rosak itu boleh disimen dan di cat semula? Jadi, tiadalah lagi kerosakan itu.

Encik A: Boleh, tapi untuk mengecatnya semula, membeli simen, memanjat tangga dan sebagainya memerlukan kerja yang banyak. Banyak kerja yang perlu dilakukan.

Saya proses input itu dan beberapa ketika kemudian saya mengangguk-angguk tanda saya faham hingga ditanya kembali oleh beliau apa yang saya anggukkan. Saya hanya tersenyum.

Pelajaran


Apa yang saya faham?

Memang mudah kalau kitakan pada seseorang untuk lupakan sesuatu yang telah mengguris atau menyakiti hatinya. Sama juga seperti mana kita meminta seseorang seperti begini:

A: Alah, lupakan sajalah peristiwa tu. Perkara lama. Maafkan saja.

B: Ingat senang ke nak lupa?

Pernah dengar? Ya, mudah bagi kita kalau tak merasa. Tapi berat bagi tuan punya dinding hati yang telah dirosakkan oleh paku-paku yang tajam ini.

Kata Encik A, banyak kerja yang perlu dilakukan. Ya, saya setuju. Banyak kekuatan yang diperlukan untuk memaafkan dan melupakan sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi dalam hidup kita ini. Setakat selapis dua cat atau bancuhan simen belum cukup untuk menutup kesan-kesan kerosakan di dinding hati. Perlu banyak lapisan dan banyak proses yang diperlukan. Bukan mudah. Banyak kerja. Banyak kekuatan diperlukan.

Sebab ia bukan mudahlah, sebab ia perlukan banyak kekuatan lah, Allah sering mengingatkan kita dalam Al-Quran bahawa orang-orang yang memaafkan orang lain akan diberi ganjaran pahala dan Syurga di mana ada sunga-sungai mengalir di bawahnya.

Memang ia susah. Memang kadang-kadang kita rasa payah. Namun, Allah sudah berjanji bahawa kesusahan dan kepayahan kita itu bukan sahaja akan dianugerahkan ketenangan dan kebahagiaan di dunia bahkan ganjaran-Nya menanti di akhirat sana.

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa, (yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan"
(Ali-'Imran; 3: 67)

Oct 19, 2010

Meniup Dandelion ke Hati


~Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan di bumi~


Sudah hampir 2 minggu saya masuk ke kelas untuk mengajar. Sebelum saya mengajar di sini, kata sahabat saya, " Naddy, kita kena bagi input pada budak-budak ni."

Saya mengangguk tanda faham. Nampak ada peluang di situ.

Alhamdulillah, kadang-kadang rasa terharu apabila menjadi pendidik. Bukan setakat didikan dari segi akademik tapi juga supaya mereka kelak jadi manusia sempurna, tahu tujuan kenapa mereka diciptakan dan ke mana mereka akan pergi selepas ini. Saya bersyukur kerana Allah letakkan saya di sini.

Hati remaja ini perlu disentuh dengan kasih sayang, itulah yang saya belajar semenjak dulu.

Jumaat lalu, saya sangat terharu kerana Allah masih kurniakan hati dan jiwa yang halus pada mereka. Sewaktu pasang video lama yang dibuat ketika di UIAM berkenaan hijrah dulu, saya terkejut apabila ramai menitiskan air mata. Maha Suci Allah, Segala Puji bagi-Nya. Siapalah saya. Saya hanya penyampai. Tetapi Allah lah yang memegang hati-hati mereka.

Semalam, setelah selesai kelas ada yang berseloroh meminta saya menggantikan masa 2 jam selepas kelas (yang sepatutnya ada tapi terpaksa dibatalkan oleh pensyarah lain) dengan sesi tazkirah.

Saya tersenyum sendiri melihat gelagat anak-anak didik saya ini. Ya, saya ingin mereka menikmati nikmat kebahagiaan hakiki ini; Iman dan Islam seperti mana saya jua mula-mula merasakannya dulu hingga kini. Semoga dengan izin-Nya, saya akan terus berusaha menyebar luaskan 'coverage'-Nya ini seperti mana uniknya meniup debunga-debunga dandelion dari pohonnya.


~Ya Muqollibal qulub, tsabit qalbi ala dinik. Ya Muqollibal qulub, tsabit qalbi ala toatik. Ya, Muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala dakwatik~

Oct 13, 2010

Baru Ku Mengerti Perasaan Itu


"Dan Tuhan kamu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut di dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu katakan perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia."
(Al-Isra'; 17 : 23)

Sewaktu di usia remaja, saya sukar mengerti perasaan seorang ibu. Namun, apabila semakin meningkat dewasa dan bergaul dengan sahabat-sahabat yang sudah bergelar ibu, baru saya tahu betapa susah dan payah beserta pengorbanan mereka di hadapan mata saya.

Dulu, kita sukar mengerti mengapa hanya dengan raut wajah yang masam itu sudah cukup mengecilkan hati ibu bapa kita. Saya akui saya bukanlah seorang anak yang benar-benar baik ketika remaja. Banyak memberontak. Walaupun dengan hanya mendiamkan diri tanpa banyak bicara, ibu saya sudah cukup terasa. Kini, apabila dewasa saya tahu kelakuan itu sangat mengguriskan hati.

Kini, apabila sudah bekerja sebagai pendidik, pelajar-pelajar saya anggap seperti adik sendiri. Ada juga antara mereka yang berseloroh seperti saya adalah ibu mereka. Ya, mungkin juga disebabkan cara melayan mereka seperti anak-anak kecil.

Namun, apabila ada yang meninggikan suara dan membantah contohnya, hati saya tiba-tiba terasa. Bukan timbul rasa marah, tetapi rasa sedih menyelinap di hati.

Sekarang juga saya tahu mengapa guru-guru di sekolah dulu ada yang merajuk dan menjauh hati dengan karenah anak-anak didiknya sendiri.

Perasaan untuk 'nurture' seseorang itu sukar untuk diungkapkan. Terutama apabila kita mahu yang terbaik untuknya.

Kita tidak dapat merasainya selagi kita belum berada di tempat itu.


~Oh, dan kini baru saya mengerti perasaan itu!~

Tolong Sampaikan Pada Si Dia


Terjumpa rangkap kata-kata ini di 'Muka Buku' kelmarin.

Bermakna. Buat renungan dan perkongsian.

Tolong Sampaikan Pada Si Dia


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan untuk si dia,
Tolong beritahu si dia, cinta yang agung adalah cinta-Nya,
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa,
Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa,
Tolong nasihati dia, jangan mengingatku melebihi dari dia mengingati Yang Maha Kuasa,
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku melebihi doa dia kepada ibu bapanya.


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya,
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa,
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta,
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya,
Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia.


Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya,
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya,
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa,
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga,
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, andai diri enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta,
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi puncak kegagalannya,
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya,
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu membuat dia terlena.


Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya,
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku,
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya,
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa,
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.

~Kredit buat penulis yang tidak diketahui. Semoga Allah merahmati.~

Oct 11, 2010

Cermin Hati



~Mencermin hati...~

Kadang-kadang manusia lupa. Leka. Tapi Dialah yang mengingatkan kita.

Allah beri teguran tanda sayang. Tanda kasih pada hamba.

Dia menegur melalui manusia atau ujian yang ditimpakan-Nya.

Mungkin kita tersentak atau terkedu. Namun, bila muhasabah diri melihat dari cermin hati, memang ada salah silap yang perlu diperbaiki.

Kadang-kadang apa yang kita buat terlebih batasannya, atau lebih cenderung ke arah kemudaratan. Kita tidak sedar sampailah Dia yang mengingatkan.


~Terima kasih Tuhan. Sesungguhnya diri ini manusia yang lupa. Yang perlu diperingatkan dengan nilai infiniti - tak terkira.~

Oct 9, 2010

Semalu...


~Wanita itu...



...ibarat semalu~

Oct 7, 2010

I really wish...


~Only to Him I keep my highest hope and faith~





I hate myself
When I ask myself to walk
But my legs are trembling to do so





I hate myself
When I want to see the bright blue sky
But I'm afraid of looking up





I hate myself
When I really love to see the stars and the moon shine
But I'm afraid that the dark cloud will cover them soon






I really wish
I could have the courage
To be able to walk through the path
To be able to look to the beautiful side of the world





I pray to Him
That I could come out from this cave
And start the journey once again...


~May He bless our journey of life...~

Oct 4, 2010

Kerjaya, Kewangan...



"...Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (daripada sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki yang tidak diduga..."
(At-Talaaq: 2-3) @ 'Ayat Seribu Dinar'


Sudah lama rasa untuk menulis entri ini, tapi disebabkan saya merasakan diri terlalu tidak cukup ilmu tentang hal-hal sebegini maka saya tinggalkan saja sebagai ilmu harian diri sendiri. Maka, kali ini saya sekadar ingin berkongsi.

Memasuki alam pekerjaan, tidak dinafikan tanggungjawab sudah lebih dari zaman belajar. Bukan saja perlu belajar pengurusan masa, pengurusan diri malah pengurusan wang perlu dibereskan dengan teliti. Apatah lagi bagi yang ingin menabung demi masa depan.

Bermula hidup baru dalam dunia kerjaya dan tinggal di tempat asing, bab kewangan menjadi subjek penting untuk difikirkan bukan saja untuk keperluan diri bahkan untuk menjadi amal bakti.

Jika di zaman belajar dulu, masih berkesempatan berniaga kecil-kecilan dengan rakan-rakan sekuliyyah menjual 'hotdog' selama beberapa bulan di kampus. Dengan modal kecil, alhamdulillah sedikit keuntungannya dapat menampung sedikit sebanyak wang belanja di hujung-hujung semester.

Sewaktu semester akhir, saya menemui laman banking.info , (mungkin agak lambat rasanya penemuan saya ini). Ia adalah sebuah laman web yang menyediakan pelbagai informasi tentang perbankan dan pengurusan kewangan terutama bagi yang mula berjinak-jinak dengan hal-hal sebegini. Ada juga beberapa 'tools' yang berguna untuk digunakan dalam panduan kewangan harian seperti 'budget calculator' mahupun 'financial calculator'.

Hingga kini saya masih belajar lagi. Masih kategori 'novice' lagi. Terima kasih juga pada Khamisah kerana mendetikkan hati saya untuk membeli buku Ke Mana Wang Anda? oleh Hajah Rohani dan Datuk Hj. Mohd Shahir sewaktu zaman belajar dahulu.


Moga ia bermanfaat bersama.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"... seorang hamba berkata, 'Hartaku! Hartaku!' padahal hartanya yang sesungguhnya tiga macam:
1. Apa yang dimakannya lalu habis
2. Apa yang dipakainya lalu lusuh; dan
3. Apa yang disedekahnya lalu tersimpan (untuk akhirat).
Selain daripada tiga macam itu lenyap atau ditinggalkan bagi orang lain."

~Semoga segalanya diberkati-Nya~
 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino