::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Oct 4, 2010

Kerjaya, Kewangan...



"...Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (daripada sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki yang tidak diduga..."
(At-Talaaq: 2-3) @ 'Ayat Seribu Dinar'


Sudah lama rasa untuk menulis entri ini, tapi disebabkan saya merasakan diri terlalu tidak cukup ilmu tentang hal-hal sebegini maka saya tinggalkan saja sebagai ilmu harian diri sendiri. Maka, kali ini saya sekadar ingin berkongsi.

Memasuki alam pekerjaan, tidak dinafikan tanggungjawab sudah lebih dari zaman belajar. Bukan saja perlu belajar pengurusan masa, pengurusan diri malah pengurusan wang perlu dibereskan dengan teliti. Apatah lagi bagi yang ingin menabung demi masa depan.

Bermula hidup baru dalam dunia kerjaya dan tinggal di tempat asing, bab kewangan menjadi subjek penting untuk difikirkan bukan saja untuk keperluan diri bahkan untuk menjadi amal bakti.

Jika di zaman belajar dulu, masih berkesempatan berniaga kecil-kecilan dengan rakan-rakan sekuliyyah menjual 'hotdog' selama beberapa bulan di kampus. Dengan modal kecil, alhamdulillah sedikit keuntungannya dapat menampung sedikit sebanyak wang belanja di hujung-hujung semester.

Sewaktu semester akhir, saya menemui laman banking.info , (mungkin agak lambat rasanya penemuan saya ini). Ia adalah sebuah laman web yang menyediakan pelbagai informasi tentang perbankan dan pengurusan kewangan terutama bagi yang mula berjinak-jinak dengan hal-hal sebegini. Ada juga beberapa 'tools' yang berguna untuk digunakan dalam panduan kewangan harian seperti 'budget calculator' mahupun 'financial calculator'.

Hingga kini saya masih belajar lagi. Masih kategori 'novice' lagi. Terima kasih juga pada Khamisah kerana mendetikkan hati saya untuk membeli buku Ke Mana Wang Anda? oleh Hajah Rohani dan Datuk Hj. Mohd Shahir sewaktu zaman belajar dahulu.


Moga ia bermanfaat bersama.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"... seorang hamba berkata, 'Hartaku! Hartaku!' padahal hartanya yang sesungguhnya tiga macam:
1. Apa yang dimakannya lalu habis
2. Apa yang dipakainya lalu lusuh; dan
3. Apa yang disedekahnya lalu tersimpan (untuk akhirat).
Selain daripada tiga macam itu lenyap atau ditinggalkan bagi orang lain."

~Semoga segalanya diberkati-Nya~

2 comments:

halawatul iman on October 5, 2010 at 9:44 PM said...

salam nad..
setuju sangat,alam kerja ni berbeza n zaman belaja dulu..banyak ilmu yg perlu tahu terutamanya dari sudut pengurusan..

dulu masa belaja, lebih2 lg kos yang relate dengan science..nak menjenguk hal2 berkaitan pengurusan, kewangan, susah sikit..
dah kerja ni kene ambik tahu hal-hal ni..

mudah2han Allah bantu kita..
mengharungi kehidupan ini..insyaAllah

Raudhatul Nadwah on October 8, 2010 at 2:12 PM said...

Wslm, terima ksh kak. Betul, dulu2 tak rasa sgt kepentingan sume ni. Fikir bila dh keje je br nak amik tau.

Moga Allah bantu kita insyaAllah...=)

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino