Sudah hampir 2 minggu saya masuk ke kelas untuk mengajar. Sebelum saya mengajar di sini, kata sahabat saya, " Naddy, kita kena bagi input pada budak-budak ni."
Saya mengangguk tanda faham. Nampak ada peluang di situ.
Alhamdulillah, kadang-kadang rasa terharu apabila menjadi pendidik. Bukan setakat didikan dari segi akademik tapi juga supaya mereka kelak jadi manusia sempurna, tahu tujuan kenapa mereka diciptakan dan ke mana mereka akan pergi selepas ini. Saya bersyukur kerana Allah letakkan saya di sini.
Hati remaja ini perlu disentuh dengan kasih sayang, itulah yang saya belajar semenjak dulu.
Jumaat lalu, saya sangat terharu kerana Allah masih kurniakan hati dan jiwa yang halus pada mereka. Sewaktu pasang video lama yang dibuat ketika di UIAM berkenaan hijrah dulu, saya terkejut apabila ramai menitiskan air mata. Maha Suci Allah, Segala Puji bagi-Nya. Siapalah saya. Saya hanya penyampai. Tetapi Allah lah yang memegang hati-hati mereka.
Semalam, setelah selesai kelas ada yang berseloroh meminta saya menggantikan masa 2 jam selepas kelas (yang sepatutnya ada tapi terpaksa dibatalkan oleh pensyarah lain) dengan sesi tazkirah.
Saya tersenyum sendiri melihat gelagat anak-anak didik saya ini. Ya, saya ingin mereka menikmati nikmat kebahagiaan hakiki ini; Iman dan Islam seperti mana saya jua mula-mula merasakannya dulu hingga kini. Semoga dengan izin-Nya, saya akan terus berusaha menyebar luaskan 'coverage'-Nya ini seperti mana uniknya meniup debunga-debunga dandelion dari pohonnya.
~Ya Muqollibal qulub, tsabit qalbi ala dinik. Ya Muqollibal qulub, tsabit qalbi ala toatik. Ya, Muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala dakwatik~
2 comments:
nice one, didy. i know u'll always be an amazing person, wherever u r. semoga terus sukses! barakallahu fiik. rindu kamu. ^_^
thanks, hummy. May Allah bless whatever we do for the sake of Him. But, sometimes still remember when we both conduct program together. =)
Post a Comment