~Wahai diri, menangislah sepuas-puasnya dihadapan Penciptamu. Usahlah malu. Runtuhkan egomu dan menangislah di hadapan Tuhanmu. Kerana Allah itu Tuhanmu.~
Tiga empat hari ini saya serasa ingin diam sediam-diamnya. Kerapuhan hati ini dilanda ujian dunia yang tiada henti singgahnya. Maka, saya harus mencari penguatnya. Dari setiap sudut saya menilai diri. Di manakah lompongnya hati saya ini? Namun tidak saya temui.
Ibrah Di Batu Layar
Ahad lalu rakan-rakan serumah mengajak untuk beriadah di hujung minggu ke pantai Batu Layar. Walaupun agak keberatan, tetap saya turutkan. Memerhati tanda-tanda kebesaran-Nya, duduk keseorangan sebentar di samping bunyi ombak yang menderu, langit luas membiru, ditemani hidupan laut dan unggas-unggas terbang mengubati sedikit hati ini; suatu perkara yang sangat lazim dilakukan sewaktu zaman belajar dulu dan pertama kali di waktu sudah berbulan kerja begini.
Di waktu itu, apa yang saya fikirkan bahawa saya tenang ketika dalam keadaan begitu. Kerana yang menemani saya itu ombak yang tiada henti zikirnya kepada Dia dalam setiap derunya, unggas yang sentiasa memuji Tuhannya, langit-Nya yang sentiasa tidak pernah rapuh meneduh insan lupa diri seperti saya. Semua yang berada di sekeliling saya tidak pernah lupa sesaat kepada-Nya. Hanya diri ini saja yang cinta dan rindunya hanya berkala kepada Tuhannya.
Kembali dari perjalanan ke Batu Layar itu, hati saya masih ada lagi berbaki yang sangat perlu diubati.
Meruntuhkan Tembok Keegoan
Saya akui tiba-tiba perasaan ingin menangis itu datang menyinggah semenjak beberapa hari lalu. Namun, kudrat hati ini melawannya. Hanya sedikit saja luahan air mata. Yang lainnya ditahan kerana saya rasa saya patut menanhannya. Ya, saya selalu katakan bahawa saya harus menjadi kuat. Tetapi hari ini saya sedar ada keegoan berbuku di situ.
Kata mulut saja bahawa Dialah Yang Maha Mengetahui, tempat untuk mengadu. Namun, saya malu untuk menangis sepuas-puasnya di hadapan Dia. Bahawa sayalah manusia dan hamba-Nya yang sangat lemah. Bahawa saya tidak punya kudrat apa pun melainkan hanya yang diberikan oleh Dia kepada saya. Berlagak seolah-olah kuat mengharungi segala ujian yang datang bertimpa. Walhal Dia memberi ujian supaya saya semakin tunduk mengharap kepada-Nya.
Saya lupa saya ini hamba. Saya seolah-olah merasa saya masih kuat untuk berhadapan dengan ujian dunia. Jika dengan manusia, boleh tuturkan saja kata 'jangan risaukan saya, saya masih ok lagi.'
Tetapi inikan dengan Tuhan. Dia yang Maha Mengerti setiap zarah di hati. Mana mungkin saya mampu menipu Tuhan yang mencipta diri dan hati ini. Bahawa sayalah manusia lemah. Manusia yang kurang upaya. Yang tidak punya kudrat melainkan apa yang diberikannya kepada saya. Kerana saya hanya hamba.
Ya Allah, akulah manusia yang amat lemah.
Ampunilah dosa-dosaku.
Sungguh, aku tidak boleh menipu diriku bahawa aku hanya hamba-Mu.
Lemah di hadapan-Mu.
~Sesungguhnya aku lupa aku hanya hamba~
Ketika Nabi Khidir berpisah dengan Musa a.s, Musa as meminta, "Wasiatkanlah aku!"
Khidir berkata, "Wahai Musa, takutlah engkau dalamnya laut, jangan berjalan tanpa keperluan, jangan ketawa tanpa sebab yang menghairankan dan jangan pula engkau salahkan orang-orang yang salah sebab kesalahan mereka dan menangislah atas kesalahan dirimu sendiri."
(Terjemahan Mukasyafah Al-Qulub; Imam Al-Ghazali)