Ada sebahagian ulama ditanya, "Apakah seseorang itu tahu bahawa taubatnya itu diterima atau ditolak?"
Lalu ulama menjawab, "Tidak ada kepastian dalam hal itu. Akan tetapi ada tanda-tandanya. Bagi orang yang diterima taubatnya, dia akan sentiasa akan menjaga dirinya dari maksiat. Dalam hati seolah tidak ada kegembiraan dari sentiasa mengingati Allah. Dia suka bergaul dengan orang-orang soleh dan menjauhi orang fasik. Dia menganggap banyak terhadap dunia yang yang sedikit. Tetapi dia menganggap sedikit terhadap amal Akhirat yang banyak. Hanya sentiasa terpaut dengan sesuatu yang telah diwajibkan Allah atas dirinya. Dia jaga mulutnya. Selalu berfikir, bersedih dan menyesal atas dosa yang telah dilakukan."
(Penenang jiwa oleh Imam Ghazali.)
~Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang ada di dalam hati~
2 comments:
hati dan akal itu milik allah
Ya, benar =)
Post a Comment