::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Nov 4, 2010

Tawakal Itu Kebahagiaan


~Tawakal kepada Allah itu adalah kebahagiaan orang-orang yang beriman~


Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

"Suatu ketika aku melihat beberapa umat. Kemudian aku melihat umatku telah memenuhi gunung dan jurang. Keadaan mereka amat menghairankan. Maka dikatakan kepadaku, 'Apakah engkau rela?' Aku jawab, 'Ya'. Dikatakan bahawa bersama mereka ada tujuh puluh ribu orang yang masuk Syurga tanpa hisab.
Ditanyakan "Siapakah mereka wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab, "Ialah orang yang tidak pernah susah hati dan selalu bertawakal kepada Tuhannya."

Manusia Terkaya

Nabi s.a.w bersabda:
"Siapa ingin menjadi manusia terkaya, hendaklah dia lebih mempercayai yang di sisi Allah daripada apa yang ada bersamanya."

(Penawar Jiwa -terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub-; Imam Al-Ghazali)

Tawakal itu...

Kebahagiaan setiap mukmin itu ialah hatinya sentiasa tenang mengingati Allah. Hatinya sentiasa mempercayai dan meyakini ketentuan Allah ke atasnya. Kerana dirinya sentiasa percaya bahawa Allah mengetahui tiap-tiap segala sesuatu sama ada ia baik atau sebaliknya untuk dirinya.

Keyakinannya bahawa Allah tidak pernah akan menzalimi dirinya melainkan dirinya sendiri. Kerana Allah sangat kasih dan sayang kepada hambaNya melebihi sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

Maka, apakah perlu kita mempertikaikan keputusan Allah kepada kita?

Tawakal itu datang setelah segala usaha dan doa diiring bersama.

Tawakal itu datang dengan kerendahan hati. Bahawa sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui.

Maka, wahai diri, bertawakallah kepada-Nya!

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal."
(Ali Imran; 3:159) 

~Sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang berserah diri kepada-Nya~

0 comments:

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino