::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Nov 9, 2010

Dalam Rebah Dan Bangun


~"Kita tidak gagal setelah kita jatuh. Tapi kita dikira gagal sekiranya kita jatuh dan tidak bangun semula. Berapa kali kita jatuh tidak penting, yang penting ialah bagaimana kita bangun semula. "~




Sebuah Hakikat

Saya tidak ingat bagaimana saya mendapat ilham akan kata-kata itu. Tetapi ianya adalah sebuah hakikat bahawa manusia itu akan ada waktu bangun dan jatuhnya. Naik dan turun imannya. Namun, ia bukannya membenarkan sebuah perbuatan yang tidak baik  itu berlaku dua kali. Kita harus membawa diri kita lebih baik dari itu. Lebih baik dari semalam. Memperbaiki kelemahan dan kelompongan diri kita. Kerana hakikatnya kita manusia tidak sempurna. Sentiasa memerlukan pembaikan diri dan peringatan.

Memperbaiki kelemahan diri adalah satu usaha sebagai hamba-Nya. Allah mencintai orang-orang yang sentiasa memperbaiki diri.

Dia Sentiasa Melihat Kita Dan Sentiasa Mengharapkan Kita Mengingati-Nya

Setiap saat Dia memandang kita. Tanpa jemu Dia bersama hamba-Nya. Bagaimana dengan kita? Dalam lupa dan sedar, Dia tetap ada. Kita memperbaiki diri yang sering terlupa kerana kita mahu jadi hamba yang lebih baik untuk-Nya. Kita mahu Allah melihat kita dengan rasa cinta. Kita mahu Allah memandang kita dengan penuh sayang dan kasih-Nya. Setiap saat dan setiap ketika.

Maka, apakah ada yang lebih hebat dari pandangan itu?

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Allah SWT berfirman: " Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku akan bersamanya ketika ia berdzikir kepada-Ku, dan Allah SWT lebih senang dengan taubat seorang manusia dari pada seorang kalian yang menemukan kembali perbekalannya di padang tandus. Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghadap kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan menemuinya dengan berlari."
(Hadith Riwayat Muslim dan Bukhari)


Jadi, dalam apa jua yang kita lakukan, ingatlah bahawa Dia sentiasa melihat kita, sama ada kita sedang ingat kepada-Nya, atau kita sedang melangkah mencari redha-Nya. 


Kita tidak pasti dalam derap langkah yang manakah nanti kita akan pergi menghadap Pencipta kita yang menantikan kepulangan kita di sana.




~Wahai diri, ingatlah Dia sedang memerhati dirimu dan menginginkan Dia sentiasa diingati olehmu setiap waktu~







2 comments:

Unknown on November 10, 2010 at 11:34 AM said...

Salam Naddy,
Kita ni kadang2 mcm ada telepati. Dah lama tak menjenguk ke sini. Tapi apa yang naddy tulis mmg tepat dgn apa yang kaklin rasa sekarang. Teruskan menulis adikku sayang...

Raudhatul Nadwah on November 10, 2010 at 11:37 PM said...

Thanks Kak Lin for your encouragement. InsyaAllah, naddy pun harap akan terus menulis perkara yg bermanfaat utk mengingatkan diri di smping ajak org lain =)

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino