::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

May 1, 2009

Apa lagi yang kau cari?





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ketetapan Allah pasti datang. Maka janganlah kamu meminta agar dipercepatkan kedatangannya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan. Dia menurunkan para malaikat dengan perintahNya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya, (dengan berfirman yaitu,

"Perlihatkanlah (hamba-hamba-Ku), bahawa tidak ada Tuhan selain Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kepada-Ku."
(An-Nahl , 16: 1-2)


Duhai hati, apakah lagi yang kau cari? Tatkala kasihNya bertaut dalam hati, ketika kau berada dalam dakapan cinta dan rindu padaNya. Apakah itu masih tidak cukup untuk membuat dirimu bahagia?

Hasbi Rabbi, Hasbi Rabbi Ya Nafsi.

Dakaplah cintaNya dalam hatimu. Lipatlah kemasan rindu untukNya tatkala dahimu kau letakkan separas kaki. Layarkan ia dalam sujud terakhirmu. Rasakan cintaNya, rinduNya, kasihNya. Jangan sekali-kali kau lepaskan. Wahai hati, rasailah dirimu akan keberuntungan. Yang mungkin nikmat rindu dan cinta itu tidak didapati oleh insan-insan lain. Mengapa harus kau lepaskan cinta Yang Satu? Nikmat besar hidup seorang hamba mencinta Pencipta.

Cinta yang hakiki adalah kebahagiaan abadi. Jagalah Ia, nescaya Dia menjagamu...


0 comments:

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino