::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

May 1, 2009

"Liberalisasi Sektor Perkhidmatan"? Jom ambil tahu!



Kisah beberapa minggu lepas sewaktu bercuti...

Tercengang saya seketika tatkala saya menonton berita di TV apabila Perdana Menteri Malaysia yang baru mengumumkan tentang liberalisasi sektor perkhidmatan di Malaysia yang akan berkuatkuasa tahun ini.

“Liberalisasi sektor perkhidmatan? Apa tu?” saya bermonolog sendiri sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Setahu saya liberalisasi itu lebih membawa maksud kebebasan seperti pemikiran liberal, parti politik liberal mahupun Islam liberal yang dicanang-canangkan oleh sesetengah kumpulan yang sangat saya kasihan kerana ketidakfahaman terhadap kesyumulan Islam.

Saya bertanya pada kaum keluarga mahupun sahabat handai. “Sektor perkhidmatan liberal tu apa?”

Rata-ratanya jawapan tidak memuaskan hati saya. Ada yang menjawab tidak tahu, mahupun tak mahu mengambil tahu, atau paling tinggi tahapnya sekalipun adalah,

“Liberalisasi tu macam sistem yang lebih bebaslah.”
Acuh tak acuh jawab salah seorang saudara saya yang bekerja di bank.


Namun, apabila informasi yang lebih dalam lagi yang saya cari, tidak dapat saya temui.

Apakah kebaikan dan keburukan liberalisasi sektor perkhidmatan? Kenapa saya sibuk-sibuk nak ambil tahu? Bukankah tugas saya sebagai pelajar adalah belajar dan bukan menyibukkan diri pada isu-isu sebegini?

Sebagai generasi pelapis ummah, bangsa dan agama, pada pandangan saya, seharusnya kita mengambil tahu. Kerana perubahan pada sistem pentadbiran hari ni yang merangkumi isu kewangan, undang-undang, perkhidmatan, dan lain-lain bakal memberi impak bukan saja pada tahun depan mahupun lusa.Bahkan ia akan memberi impak pada generasi masa depan.

Ya, mungkin sekarang bila masih disara, kita tak terasa, namun, bila anak-anak dah berduyun-duyun, sudah punya keluarga sendiri, rumah sendiri, segalanya pun dibayar sendiri, baru kita tercari-cari dimanakah agaknya punca hidup tatkala itu jadi tak menentu.


Saya masih meneliti ‘reference-reference’ yang ada dan masih mencari capaian-capaian informasi tentang sistem liberalisasi sektor perkhidmatan. InsyaAllah, assignment untuk diri saya pada minggu ini.

Tentang:

Apakah sebenarnya liberalisasi sektor perkhidmatan?

Sektor-sektor perkhidmatan yang terlibat?

Kebaikan dan keburukan liberalisasi dalam sektor perkhidmatan?

Adakah liberalisasi akan mempengaruhi ekuiti bumiputera serta mengubah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 70-an?

Jom ambil tahu sama-sama!

2 comments:

econpolics on December 6, 2009 at 12:27 AM said...

salam,,,ini ade beberapa maklumat tentang liberalisasi sektor2 perkhdmatan,,,,,,,

http://www.matrade.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_hide_liberal_bm

dan yang ini blog yg baru sy buat,,sedikit komen sy tentang tajuk ini,,,,,,

http://econpolics.blogspot.com/

Raudhatul Nadwah on June 17, 2010 at 2:50 PM said...

terima kasih =)

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino