Ada waktunya perlukan masa sebentar untuk diri dan hati berbicara. Jauh dari cabaran dan dugaan, membetulkan akal kewarasan dan isi perasaan.
Petang tadi sempat ke pantai melihat ombak.
Berubah Seperti Arusnya
Betapa diri ini melihat hati itu kadang-kadang seperti air laut. Ia tidak selalu tenang. Kadang-kadang ia bergelora.
Hati, tidak akan ada waktu ia tenang sahaja seperti air sungai atau muaranya. Jika air laut, pasti sesekali geloranya menghempas ke pantai. Begitulah umpamanya juga hati kita.
Ia lumrah.
Ya, hati itu sentiasa berbolak-balik. Seperti air laut, apabila dihembus angin deras, maka keras juga ombak yang menghempas.
Ketidaktetapan Hati
Apabila kadang-kala kita sudah menetapkan hati, ada pula dugaan-dugaan yang menguji hati. Maka, bersegeralah kita mencari Pencipta. Berfikir dan merenung kebesaran ciptaan-Nya. Melapangkan hati yang sedang sempit atau bersedih. Hati itu pasti gembira apabila bertemu Penciptanya.
Wahai hati,Andai kau masih berbolak-balik,Serahkan segenap isimu kepada-NyaDengan redha.
Wahai hati,Andai kau masih bersedih lagi,Jadilah hati yang benar-benar berserah diri,Maka, kau tidak akan rugi.
Ingatlah duhai hati,Biarlah Dia yang mengubatmu,Ketemu Dia penawar pilu ,Kerana setiap hati itu adalah milik Yang Maha Mengetahui,Tiada yang tersembunyi,Itu pasti.
2 comments:
Ya, sama samalah jaga Hati
Mudahan Allah permudahkan ...ameen
HABAT
InsyaAllah, ameen.
Post a Comment