::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Mar 24, 2011

Sahabat: Ku Pohon Pada-Nya Untukmu


~Buat sahabat tersayang, moga Allah sentiasa mewarnai hidupmu seperti indahnya pelangi di langit~



Ku Pohon Pada-Nya Untukmu

Sahabat, 
Ku tahu dirimu payah, 
Riak suaramu mengatakan tiada, 
Walhal hatimu resah, 
Jiwa dilanda duka. 

Aku hamba yang lemah, 
Tiada kudrat mengubah payah, 
Namun, ku pohon dan ku pinta, 
Dari Dia yang Maha Kuasa, 
Agar kau kembali ceria dan bahagia, 
Seperti burung gagah mengepak sayapnya. 

Aku pohon pada-Nya, 
Berbekal kekuatan doa, 
Dengan sepenuh hati, 
Menjadi wakil mengadap Ilahi, 
Agar sayapmu kuat seperti dahulu, 
Terbang gah di angkasa biru,
Mengukir senyum seperti selalu. 

Aku pohon pada-Nya, 
Makhluk di langit dan di bumi berdoa sama,
Hingga ia menembus Arasy, 
Doa itu berjumpa Dia,
Dan doa itu pun bersungguh meminta. 

"Wahai Tuhanku, 
Bahagiakanlah sahabatku, 
Janganlah Kau timpakan dia ujian yang tidak mampu dihadapinya.

Wahai Tuhan, 
Berilah dia kegembiraan, 
Janganlah Kau ambil nikmat darinya yang telah Kau beri, 
Hingga tidak mampu untuk dibebani.

Wahai Tuhan, 
Yang Maha Mengasihani, 
Berilah sahabatku ini kebahagiaan, 
Berilah dia kegembiraan,
Luputkanlah duka di hatinya, wahai Tuhan. 

Wahai Tuhan,
Perkenanlah doa ini.
Ya Rabbi, 
Perkenankanlah doa ini.
Kerana hanya dengan izin-Mu semata segalanya terjadi. 
Amin, Amin, Amin. "



Nukilan khas buat sahabat tersayang, 
Teman Sebilik M4.8, 
Mahallah Maimunah,
UIAM '06-'10
Dari yang menyayangimu.

~Moga Dia Yang Sentiasa Mendengar akan mengabulkan doa ini buat sahabatku~

2 comments:

Elly Jade on May 22, 2011 at 11:29 AM said...

salam saudari
doa ini saudari yg tulis sndr?
masyaALLAH....sangat manis persahabatan saudari
alhamdulillah...kawan saya memberikan doa ini kepada saya..rupanya dr saudari....trima kasih byk2 saudari..
smoga persahabatan kalian utuh hingga ke syurga
doa ini turut membuatkn sye kuat semula..
salam kenal dr saya :)

Raudhatul Nadwah on May 22, 2011 at 9:55 PM said...

Waalaikummussalam.
Alhamdulillah, Allah yang memberi ilham. Insya Allah, Allah yang juga menguatkan saudari dan saya hanyalah mediumnya sahaja.

Terima kasih atas doa. Moga persahabatan saudari dan sahabat juga berkekalan hingga ke syurga.

Salam perkenalan juga dari saya =)

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino