"Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."
(Ali 'Imran; 139- 140)
Dalam air mata yang meluruh,
Hati
berdoa,
Wahai
Tuhan ,
Ubatilah
hatiku,
Ubatilah
hatiku,
Ubatilah
hatiku.
Berderaianlah semua kepada-Nya
Lalu,
Pujukan
itu datang daripada berbagai penjuru,
Keajaiban datang dalam setiap hari-harimu,
Hujan
yang lebat akan teduh apabila dirimu memerlukannya,
Kilat
yang menimbulkan ketakutan bertukar menjadi cahaya yang diperlukan di dalam
kegelapan,
Pelangi
akan terbias di hujung senja walaupun tiada setitik hujan pun menjadi prisma.
Lalu,
siapakah lagi yang mampu menjadi pelindung diri?
Lalu,
siapakah lagi yang mampu menyembuhkan luka di hati?
Bukankah
Allah itu Maha Pemujuk?
Bukankah
Allah itu Maha Penyayang?
Tiap
titisan air mata yang jatuh ketika sujud,
Pasti
ada Dia yang akan menyekanya.
Tiap
aduan hati yang penuh sendu,
Pasti
ada Dia memujuk hatimu,
Wahai
hati,
Sesungguhnya
dikau tidak pernah bersendiri,
Kerana
hanya dengan kasih sayang Allah,
Dunia
itu datang kepadamu,
Kerana
hanya dengan perhatian daripada Allah,
Seluruh
langit dan bumi seolah-olah bersamamu.
Maka,
duhai hati,
Masihkah
kau ingin bersedih?
Bergembiralah,
Kerana
hanya dengan kasih sayang Allah itu di singgahsana hatimu,
Seisi
dunia dengan relanya duduk bersama denganmu.
~Allah itu sentiasa di hati menemani~
0 comments:
Post a Comment