Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalamualaikum...
Sebuah penghijrahan dari blog lama di friendster ke pembukaan sebuah blog baru di sini.
Harapnya dengan adanya blog baru ini, diari baru dalam kehidupan akan dapat dicoret untuk dikongsi agar menjadi renungan dan pengajaran bagi memperbaiki kehidupan yang penuh liku berduri.
Sedar tak sedar, rupanya saya sudah mula menulis blog semenjak di tahun pertama saya menjadi pelajar di IIUM (2007). Dan kini saya sudah berada di Tahun 3 (2009). Ya, sudah lebih 2 tahun saya mencorat-coret di blog.
Ya, mulanya sekadar untuk mencetus rasa dari peti minda dan hati. Kerana saya bukanlah seorang yang suka meluahkan segala-galanya pada manusia. Namun, hanya sekadar mencetus rasa di sini dengan sekadar ayat yang berlapik-lapik sahaja. Dan tidaklah sampai untuk menarik perhatian sesiapa.
Walaubagaimanapun, terima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi membaca di sini. Yang baik jadikan ikutan, manakala yang tidak baik buat ia jadi pengajaran. Kerana saya bukan manusia yang sempurna. Namun, bukan jua ia menjadi alasan untuk saya sebagai insan membuat kesilapan.
Simpanlah yang tidak elok dipandang mata dan tidak enak bila dibaca sebagai sebuah sejarah. Sejarah yang silam dan kelam tak harus terus dipadam atau terlalu dikenang. Catitlah ia dalam taman larangan jiwa dan hati agar yang tidak baik usah menjadi ikutan diri.
Semoga Allah memberkati apa yang baik datang dari blog ini, dan mohon ampun dari saya andai ada tersilap kata dan terkurang bahasa sepanjang saya mencorat-coret di sini. Jika ada yang tak kena, saya akan berlapang dada dengan sebarang teguran mahupun nasihat sahabat-sahabat atau pembaca.
Terima kasih.
1 comments:
Wow!! This is looking so cool and smooth...
to get fabric on demand from weaveron textile.
Post a Comment