Minggu peperiksaan masih belum berakhir. Tinggal lusa saja lagi. Paper Basic Biostatistic.
Entah kenapa akhir-akhir ini, saya suka sangat menjahit. Mulanya hanya menjahit Tutun yang koyak. Kemudian, mengumpulkan segala kain-kain yang perlu dijahit semula kancingnya dan baju yang sudah mula longgar dan tercabut butangnya.
Kerja jahit menjahit dilakukan bila ada jarak hari antara exam. Rasa seronok pula menjahit ni. Rasa satu kepuasan.
Sekarang ni pula tengah menjahit hasil kerja tangan yang 'raw material'nya di beli di Living Cabin beberapa bulan yang lalu. Entah kenapa tak tergerak pun hati nak gunakannya dulu. 'Raw material' ni sebenarnya ada 'instruction' sendiri. Tapi tak ikut pun. Sebab ada idea lain. 'Utilize it for other things'. Be creative! (Em, baru nak belajar...)
Em, kat dalam gambar nilah hasil kerja tangan yang pertama. Jahit-menjahit untuk Ma!
Dulu ada juga belajar menjahit. Selepas SPM. Lepas tu, langsung tak praktik. Mungkin sebab tak berminat kot.
Dulu2, rasa tak suka kerja-kerja keperempuanan ni. Sampai Ma pun marah sebab tak suka benda-benda keperempuanan macam kasut perempuan, beg tangan dan seumpamanya.
Agaknya mungkin kerana usia dah bertambah, maka hormon kewanitaan pun semakin meningkat kot. (emm... :P)
0 comments:
Post a Comment