::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Apr 15, 2009

Lari...





Penat berlari...
berjalan perlahan-lahan
malah sudah lenggang kangkung
memikirkan bahawa sudah tiada bahaya
di depan, belakang, kiri atau kanan.

Leka,
kemudian dikejar lagi
aku jatuh
tak sempat berlari.

Luka dan darah
lebam-lebam
kerana jatuh ke tanah
terjelepok
ibarat nangka busuk.



Kali ini
aku akan terus berlari
walau lelah
biar mengah

Kerana takut leka
dan jatuh lagi
luka dan darah
parut masih belum sembuh

Ya, lari dan lari
dan jangan berhenti
jangan pandang belakang
biarpun pesonanya buatku terngadah

Lari, lari, lari
biar berkali rebah
tetap kembali bangun berdiri.

-raudhatulnadwah.blogspot.com-

1 comments:

CikLieYzaOnline on April 17, 2009 at 11:36 PM said...

Ooooo..nak lari yer?tgguuu...den kejo ko sampai dpt.....ligannnnnnnn!!!!!!

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino