::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Apr 16, 2009

Selamat jalan... Doaku untukmu selalu


Cuti selepas peperiksaan akhir sudah bermula. Bermakna Semester 2 dah habis. Tinggal semester ke 3 saja lagi. Sudah kurang dari sepurnama lagi, mereka akan pergi. Kakanda-kakanda di tempat seguru akan pergi meninggalkan kami.

Rasa sedih. Sebab kakak2 dan abang2 ni lah yang paling rapat dengan batch 3rd year thn ni. Kita kenal dah lama. Dari memula masuk IIUM Kuantan sampai la dah tua ni. Harungi susah senang di kuliyyah juga sama-sama. Bak kata sume perisa dah dirasa; yang pahit, manis, masam, cuka dll.

Mesti rasanya akan rindukan semua. Kakanda-kakanda kami ni semuanya jenis baik hati. Rasa dah macam adik beradik sendiri. Bukankah muslim dengan muslim yang lain itu ibarat satu bangunan. Saling kuat - menguatkan. Rasanya kami begitu juga. =)


Ada kakanda yang jenis rajin membasuh seawal belum fajar menyinsing, ada kakanda yang happy go lucky je, ada yang comel keanak-anakan, ada juga yang selalu suka kongsi pengalaman, permainan, cerita2 yang best. Ada juga yang sanggup turun melatih adik-adik ni main futsal. Daripada jadi kaki bangku, sekarang dah jadi kaki bola lah pulak. (he~).

Apapun, terima kasih banyak-banyak. Jasamu kan kukenang setiap waktu. Semoga selepas ni, kita masih di satu hala tuju, ingin mencapai matlamat Yang Satu, InsyaAllah. Ada jodoh, ketemu lagi. Moga Allah merahmati kalian selalu.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sebuah kata-kata (message) dari seorang kakanda yang sudah disimpan hampir setahun lamanya:

Antara 2 cinta yang ingin kumiliki,
cinta insan & cinta Ilahi,
pasti yang utama cinta Ilahi,
kerana cintaNya cinta hakiki.

Antara 2 insan yang ingin kumiliki,
kekasih hati & sahabat sejati,
pasti yang utama sahabat sejati,
kerana setianya sukar ditemui...

Terima kasih duhai kakanda kerana memberi semangat tatkala diri hiba.

0 comments:

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino