::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Apr 18, 2009

"Astaghfirullah al azim!" - Sekolahku tercinta...-


“Astaghfirullah al azim!”

Itulah perkataan pertama yang dapat saya lafazkankan selepas membaca email daripada adik junior sekolah lama saya.

Sedihnya... Saya menahan hiba. Sabar ya wahai adik-adikku. Untuk menegakkan Islam memang bukan kerja senang. Kerana Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan di akhirnya ia akan dagang kembali.

Saya pilu dan hampa. Bagaimana sistem pendidikan masa kini hanya memandang akademik semata-mata tanpa mengira keperluan rohani dan spiritual diri? Manusia seolah-olah dimomokkan bahawa dunia semata adalah matlamat, bukannya akhirat.

Maafkan kakakmu ini, wahai adik-adikku. Tidak banyak yang dapat kulakukan untuk membantu.


Satu persatu ujian yang datang menimpa. Tidak berapa lama dulu, ramai guru-guru kesayangan yang telah pergi meninggalkan sekolah. Untuk mewujudkan biah solehah di taman ilmu, sangat susah dan payah. Apatah lagi tanpa sebarang sokongan dan galakan untuk mewujudkannya bersama-sama. Kini, bukan sahaja kedatangan alumni sekolah untuk berusrah bersama adik-adik dipertikai dan dipersoal, bahkan sudah lebih dari itu. USRAH DI SEKOLAH SUDAH TIADA!

Ayuh, semua alumni Nuqaba SG, tiba masanya perjuangan ini diperhebat lagi!


Ya Allah, bantulah kami. Berilah kami petunjuk menuju ke jalanMu. Bukakanlah kepada kami jalan untuk menegakkan agamaMu. Permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat. Tabahkan hati-hati kami untuk menempuh mehnah yang mendatang. Hanya pada Engkau kami bermohon dan kami berlindung... Ameen.

1 comments:

Raudhatul Nadwah on April 19, 2009 at 12:48 AM said...

buntu ~

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino