Setakat ini telah saya terima komen-komen dan luahan dari kalangan bekas warga sekolah berkenaan perkara ini.
Rata-ratanya dek kerana sibuk dengan tugasan di universiti, kita terlepas pandang pada adik-adik kita. Ya, ini juga jadi cabaran untuk kita. Allah sedang menguji. Menguji sejauh manakah ketabahan kita untuk terus mengorak langkah atau mundur ke belakang.
Allah sayangkan kita. Rasailah diri disayangi, kerana Dia ingat pada kita.
Hakikatnya jalan perjuangan ini menuntut harga sebuah pengorbanan. Pengorbanan kerana cintakan Islam dan hidup bertuhan.
Saya mula mengenal Allah ketika saya di STJ. Waktu awal-awal masuk ke STJ dulu ada Ustazah Maznah Bt. Mustajab. Seorang warden merangkap ustazah di sekolah kami. Waktu itu seolah-olah zaman kegemilangan biah solehah di STJ sedang berkembang. Ada sahaja aktiviti dakwah dan tarbiyah dijalankan.
Hinggakan pada satu ketika kami kenali STJ dengan nama Sekolah Menengah Sains Agama Sukan Tuanku Jaafar.
Alhamdulillah, sekarang ia berhasil melahirkan insan-insan yang berjaya meraih nikmat yang paling besar di dunia; nikmat Iman dan Islam.
Namun, kini zaman kegemilangan itu seolah-olah sedang menyaksikan keruntuhannya.
Berjuanglah kerana kita sayang.
Sayangkan sesuatu perlu ada pengorbanan.
Pengorbanan ialah bayaran harga sebuah cinta.
Seperti kata orang bercinta,
“Biar lautan api sanggup ku renangi, gunung-ganang sanggup di daki, semua hanyalah kerana cinta Ilahi.”
0 comments:
Post a Comment