::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Apr 10, 2009

Langit Petang


Aku rindu merenung langit petang. Melihat awan gemawan berbalam-balam. Cahaya merah di kaki langit tampak suram, namun, indah dipandang.

Aku tenang melihat langit Tuhan. Unggas-unggas kembali ke sarang. Manusia bergegas pulang. Penat bekerja seharian, kembali mereka mencari ketenangan.

Langit petang ini redup. Ajaibnya tidak bertiang. Kebesaran Tuhan tiada tandingan. Langit itu bumbung yang meneduhkan infiniti insan biarpun selalu kealpaan.

Langit ini kerinduanku. Yang menyaksi tanda Keagungan-Mu. Aku kagum. Terpesona. Tenangnya menyusup jiwa...

2 comments:

fiey_ahmad on April 12, 2009 at 9:24 PM said...

waa
alhamdulillah..
seronoknya..bahasa2 indah sahabatku yang sorang ni..

Raudhatul Nadwah on May 23, 2009 at 10:53 PM said...

sekadar melahirkan rasa kagum pada alam ciptaanNya ketika riadah petang...

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino