::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Jan 8, 2010

Pengurusan Cinta


~Hanya pada Dia, kita kembalikan segalanya...~


Saya tidak tahu nak mulakan entri ini dari mana sebenarnya. Namun, jelas saya juga ingin sampaikan apa yang sudah lama tersimpan di lubuk hati saya.

Manusia selalu bertanya pada diri, "Am I in the right path?" atau "Apakah sebenarnya saya ini di jalan yang lurus?"

Soalan itu juga pernah saya tanyakan pada diri ini. Apabila saya kekeliruan, saya cuba mencari solusi; berbicara denganNya, memohon hidayah dan petunjukNya, bermusyawarah (berbincang) dan bertanya pada orang-orang yang lebih jelas kefahaman tentang Islam daripada saya, dan merujuk pada sumber-sumber yang saya yakini dan percayai.

Proses ini tidak ambil masa yang singkat. Mungkin berhari-hari. Mungkin juga berminggu-minggu. Tetapi Allah suka pada mereka yang mencari kebenaran. Mencari yang apa yang Allah redha.

Alhamdulillah, saya berjaya juga akhirnya memperolehi jawapan itu beberapa hari lalu atas perkara yang saya kelirukan.

Soal Cinta

Bila ada orang bertanya tentang cinta, pening juga kepala saya untuk menjawab soalan itu. Saya hanya berkata daripada ilmu yang saya tahu.

Bagi yang belum berkahwin; saya suka untuk mengambil kembali ungkapan Ustaz Hasrizal dalam buku Aku Terima Nikahnya (1).

'Bagi adik-adik yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka 'menjaga hukum Allah', penting untuk dipandu. Bukan apa, 'cara mereka' kadang-kadang menimbulkan kehairanan pada saya. Syariat manakah yang mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar muslimat kita supaya bercakap seperti 'warden penjara' ketika berurusan dengan muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah.'


Soalan saya; cinta itu adakah hina?

Ya, cinta itu memang hina, memang busuk dan pelakunya pun akan dicampakkan ke lembah kehinaan sekiranya orang-orang yang bercinta ini lupa Tuhan, keluar berdua-duaan, SMS sampai asyik berkepit dengan handphone dan hingga sampai satu tahap semua perkara dibuat hanya kerana si dia. Dia suka warna biru, hari-hari pakai baju biru. Dia suruh jangan makan KFC, biarpun dahulu tiap minggu makan KFC, sebab si dia, tak mahu makan KFC. Hingga buat sesuatu perkara bukan kerana Allah, bukan lillahitaala. Buat kerana dia; seorang manusia. Secara tidak sengaja, jadilah dia sembahan di hati kita. Nauzubillah.

Lalu, di manakah letak nilai cinta itu?
Allah redha ke?
Tercapai ke matlamat cinta itu sebagai satu fitrah yang suci dan patut dipelihara kesuciannya?

Setiap perkara itu ada batasnya. Manusia perlu makan. Tapi kalau berlebihan makan, boleh jadi obesiti, penyakit datang dan maut lebih cepat menjemput. Juga tidak boleh tidak makan langsung, hingga tidak cukup zat makanan pada badan dan menzalimi diri sendiri.

Allah sudah bagi kita fitrah. Fitrah ini perlu dijaga kesuciannya. Allah juga sudah bagi kita syariat atau perlaksanaan menguruskan fitrah. Syariat yang bukan dicipta manusia tapi dicipta Allah yang kenal hambaNya.

Sebelum menuju proses menuju perlaksanaan ini, tanyakan dulu pada diri, apakah asasnya cinta ini?
Adakah ia sebenar-benar cinta yang lahir dari hati atau sekadar mengisi masa lapang hawa nafsu?

Sebagai panduan, saya petik lagi kata-kata Ustaz yang popular dengan slogan 'memberi' ini bahawa:

"Jangan mengambil langkah untuk berpasangan, jika sudah pasti dalam setahun dua jangka masa terdekat ini tiada kemungkinan untuk anda berkahwin!"

Perlaksanaan Fitrah

Setiap manusia yang sudah melalui proses di atas ini pasti berusaha menyediakan diri untuk menjadi seorang suami atau isteri. Bukan mudah ya? Bukan setakat sampai hari pernikahan saja yang perlu disediakan, bahkan lebih lagi dari itu. Sebab perkahwinan itu bukan hanya untuk sehari bahkan kena usaha biar sampai kedua-duanya mendapat redha Allah hingga ke syurga.

Untuk menuju ke arah terlaksananya perkahwinan ini, adakalanya ia bukan seperti yang kita rancang. Ada yang merancang untuk berkahwin sebaik saja tamat pengajian; tiga empat bulan saja lagi, namun, atas hal-hal yang lain seperti kekeluargaan, kewangan yang membataskan, dan 1001 macam lagi rintangan yang datang melambatkan proses tersebut.

Terlihatlah ia sebagai sebuah projek yang tertunda.

Namun, haruskah kita dengan mudahnya berputus asa? Kebahagiaan itu takkan mudah didapati andai kita sendiri tidak berusaha ke arahnya. Ingat, tidak mudah manusia akan dapat apa yang
dikehendakinya. Ingat senang Allah nak bagi syurga percuma bila manusia tidak diuji? Ingat akan jatuh berlian mahupun kepingan-kepingan roti dari langit jika hanya bersujud di tikar sejadah tanpa adanya usaha?

Ia mungkin hanya nampak sebagai projek yang tertunda disebabkan kekangan yang ada. Lalu, berusahalah lagi selagi mampu. Berusahalah juga untuk menjaga apa yang Allah redha.

Sedih juga kalau tiba-tiba mahu berpisah atas alasan mungkin tidak dapat menjaga hati dan perasaan di sepanjang proses yang sudah setengah jalan itu.

Saya petik lagi kata-kata beliau:

'Saya cukup terkilan apabila mendengar dari kalangan adik-adik, khususnya muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya sewenang-wenang membatalkan hubungan.

Ingatlah pesan Nabi s.a.w, "Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas." (Riwayat Tirmizi)'


Hakikat cinta adalah saling berkait dengan kerinduan. Lalu, jagalah hati-hati kita ini. Saya juga tak mahu anda supaya terlalu rindu hingga merindui si dia melebihi rindu dan cinta anda kepada Allah dan RasulNya. Simpanlah rindu itu untuk Dia.

Perbanyakkan mengingati Pencipta. Perbanyakkan amal untuk menjadi hamba yang diredhai Allah. Jadilah dewasa dan matang dalam mengendalikan fitrah yang Allah beri.

This is the battle between you and yourself. The enemy is within yourself.

Ingatlah jalan dakwah ini masih panjang. Kematian itu pasti datang.

Namun, jika sudah nekad diri untuk berhenti di tengah jalan, berhenti berusaha, berputus asa dan harap terhadap rahmat Tuhan, hanya doa saja mampu saya kirimkan. Kerana pilihan itu di tangan anda. Berbuatlah sesuka hatimu.

Teringat saya pada lagu lama yang dinyanyikan kembali oleh Azhan , Juara Akademi Nasyid di Konsert Amal di UIAM Kuantan 2 Januari lalu:

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang di dunia
Hingga sampai akhir masa
Renungkanlah

~Usaha itu milik kita, natijah milik-Nya~

5 comments:

Anom said...

not sure what to say; this is my first time commenting other's blog.
Yes, love is fitrah, but what make people embrace it is what I think that count.
sometimes when I read that people easily falls in love, I wonder whether they have put all thier thought before embracing it? haven't their realize that love is a teamwork between two? if they aren't ready to be responsible for it.. don't pursue it. and there are those who accept the fact that the one they love never even once think of taking the responsibility of loving them...well I don't understand them too... you are willing to blind your eye to the 'buaya'friend or the 'giler'friend for a short while but if they suddenly get hurt.. even the miniscule wrong will be put under a microscope to be looked upon and unforgiven...
Humans really are weird.. don't you agree?

Ismilida said...

Bagus2…artikle yang sgt bagus.kali nie dgn membaca article nie mjadi kite utk bermuhasabah diri.Bermuhasabah diri utk menjaga cinta yang ade dgn terbaik.Mencintai krn Allah SWT..
.Islam mengakui adanya rasa cinta dalam diri manusia. Ketika seseorang memiliki rasa cinta, maka hal itu adalah anugerah Yang Kuasa. Termasuk rasa cinta kepada wanita (lawan jenis) dan lain-lainnya.Tidalk perlu lah memandang enteng cinta itu kerana semuanya kurnia daripadaNYA.Kita yang mencorakkan cinta itu, adakah berada pada paksi yang benar atau tersasar dari jalan yang di redhai. Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesucian tergantung dari bingkainya. Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram. Cinta mengandung segala makna kasih sayang , keharmonisan , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandung persiapan untuk menempuh kehiduapan dikala suka dan duka , lapang dan sempit.Btul tak Nady…InsyaAllah suatu hari nanti hadirnya seorang insane yang terbaik utk awak.Amin

"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik" (QS. Ali Imran :14).

Raudhatul Nadwah on January 8, 2010 at 12:13 PM said...

Anom, my friend.
Manusia memang pelik. Sebab bukan manusia itu samalah, kita kena cuba saling memahami dan saling ingat mengingati.

Sebab itu ada kata(tapi tak pasti sumber), bila cinta jangan terlalu cinta, bila benci berpada-pada.

Apapun, cinta agung dan yang paling tinggi itu hanya kepada Allah..

Raudhatul Nadwah on January 8, 2010 at 12:16 PM said...

Nauzubillah kalau dapat insane... Harapnya insanlah ya. Yang penting soleh dan menyolehkan - moto anom.

Nurin Irsalina on February 14, 2014 at 10:30 AM said...

mohon share

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino