::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Dec 25, 2009

Berbahagialah Bila Dia Di Sampingmu


~Terangilah jalan hidupku dengan cahaya kasihMu...~

Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdo'a kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di muka bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.
(An-Naml; 27: 62)


Wahai hati,
Terus tarbiyahkan diri
Terus mantapkan hati
Mujahadah itu indah
Jalan akan terasa susah
Kerana untuk mendapatkan syurga bukan mudah

Bila sekali terkandas,
Lihatlah bintang di langit sebagai petunjuk jalan

Bila bekal untuk hati habis di padang pasir
Segeralah cari oasis iman dan taqwa
Teguhkan hati kepada Allah seperti kisah Siti Hajar

Berusaha menjaga Allah
Nescaya Allah menjaga dirimu
Letakkan cinta Allah di hati
Nescaya dunia itu yang datang kepadamu
Peliharalah hak dan suruhan Allah
Nescaya Allah memelihara jiwa dan dirimu

Wahai hati,
Rasa bahagialah
Bila kau rasa Allah itu bersamamu
Bila rasa Allah sentiasa memandangmu

Rasa bahagialah bila Allah itu sentiasa dekat denganmu
Rasa bahagialah bila kau rasakan Dia ada di hatimu...



Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh."
(An-Naml; 27: 19)
Ameen.

2 comments:

far-east on March 1, 2010 at 11:40 AM said...

saya suka=)

Raudhatul Nadwah on March 11, 2010 at 6:50 PM said...

terima kasih. Moga ia memberi manfaat bersama =)

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino